Saturday 22 February 2014

100 FILEM PILIHAN HATIKU


100 FILEM (HOLLYWOOD) PILIHAN HATIKU.


    Menonton filem di panggung wayang atau di kaca tv memang menyeronokkan,Apalagi kalau masa menonton filem kesukaan itu dihiasi dengan sound system yang canggih dan sound effects yang menggetarkan perasaan.Menonton VCD atau DVD di kaca tv agak membosankan kalau soundnya tak seberapa..apalagi kalau ada yang merungut,bising  sangatlah..slowlah sikit!Itulah biasa aku dengar bila menonton filem menerusi DVD player atau menerusi kaca tv.Kalau di pawagam takde orang nak komplen!Nak menonton filem di kaca tv kena cari waktu yang sesuai.Kalau ramai sangat orang di rumah,lebih baik tengok berita jelah..
Tak puas kalau nonton filem di tv soundnya macam orang berbisik.Tak payah tengok pun takpe!
        Oleh kerana aku ni gemar menonton filem dan membuat sedikit koleksi DVD filem kegemaranku,aku paparkan di sini 100 filem Hollywood kegemaran aku samada filem klasik atau filem baru.Ada antaranya filem ni ada dalam koleksi,ada yang tiada dalam koleksi,sebabnya ada banyak filem kegemaran aku yang aku nak cari tapi takde dalam pasaran.Cinabeng betul!




DIAL M FOR MURDER (1954)




1)- Dial M for Murder (1954)
      Director: Alfred Hitchcock
      Pel: Ray Milland,Grace Kelly,Robert Cummings
      Genre: Thriller (seram sejuk)
           
    

Komen: Pernah nonton sekali dua di tv suatu ketika dulu..memang mendebarkan,Tau jelah kalau filem
Alfred Hitchcock.Kalau anda nak cari filem ni hati-hati kerana filem ini pernah dibikin semula pada tahun 80an dengan pelakun yang berbeza.Tapi filem keluaran 1954 ni tetap klasik dan lebih mendebarkan.
Kisah seorang suami yang merancang nak bunuh isteri dia tapi dia upah pembunuh upahan..ni kes sebab nak kawin dua bini pertama tunjuk penumbuk!..







2)- The Great Race (1965)
Director: Blake Edwards
Pelakun: Tony Curtis
                Natalie Wood
                Jack Lemmon
                Peter Falk
Genre: Komedi

Komen:
 Kalau anda penggemar filem komedi klasik
inilah filem yang patut anda tontoni,Kelakar giler bila lihat aksi perlumbaan kereta yang penuh aksi-aksi lucu dan harubiru.Cuba cari filem ni di Speedy Vedeo atau di mana-mana,,saya dah lama cari tapi tak jumpa.Antara filem komedi terbaik sepanjang zaman.















3) Those Magnificent Men In Their Flying
    Machine (1965)
Director: Ken Annakin
Pelakun: Stuart Whitman
                Sarah Miles
                Terry -Thomas
                Robert Morley
Genre: Komedi slapstick

Filem British yang dibikin pada tahun 1965 ini
memang cukup lucu sampai naik pengsan.Di negara lain filem ini diberi judul yang lain iaitu
How I flew from London to Paris...Kesah perlumbaan kapalterbang ringan yang berlumba di udara untuk mengejar hadiah yang ditawarkan maka berlakulah beberapa insiden lucu yang melibatkan juruterbang asing yang turut sama mengambil bahagian.Anda patut menonton filem ini dan berani saya katakan inilah filem komedi yang terhebat di abad 20.







4) Psycho (1960)
Director: Alfred Hitchcock
Pelakun: Janet Leigh
                Anthony Perkins
                Vera Miles
                John Gavin
Genre: Thriller/Mystery

Komen:
 Filem thriller garapan oleh Hitchcock ini cukup
hebat dengan barisan pelakun yang mantap dan jalan cerita yang mendebarkan.Walaupun dalam format hitam putih ia tetap hebat dan menambah ciri klasiknya.Saksikan filem ini sekiranya anda suka berteka-teki sambil mencari jawaban kepada misteri yang menjadi teka teki.












5) Torn Curtain (1966)
Director: Alfred Hitchcock
Pelakun :Paul Newman
                Julie Andrews
Genre: Political thriller


Komen:
Sebuah filem yang sederhana tetapi penuh saspen.
Paul Newman yang masih segak dan kacak ketika itu menjadikan filem ini menarik untuk ditontoni di samping jalan ceritanya yang penuh saspen dan mendebarkan.Memang best jugaklah filem ini.












6) Rebel Without A Cause (1955)
Director: Nicholas Ray
Pelakun: James Dean
                Natalie Wood
                Sal Mineo
                Jim Backus
Genre: Drama

Komen: James Dean adalah lagenda di Hollywood.Ini adalah salah satu dari tiga filem beliau sebelum Dean maut dalam kemalangan jalanraya.Dean sendiri tak sempat menonton filem ini setelah dilancarkan apabila  beliau maut dalam kemalangan.Kisah seorang pelajar bermasaalah di kolej dan jatuh cinta dengan gadis remaja (Natalie Wood) jadi berlakulah bermacam-macam konflik dan tekanan emosi hingga berlakulah pemberontakan tanpa sebab munasabah.








7) Bonnie And Clyde (1967)
Director: Arthur Penn
Pelakun: Warren Beatty
                Faye Dunaway
                Gene Hackman
                Gene Wilder
Genre: Crime Film


Komen:
Entah berapa kali aku dah nonton filem ni,di pawagam,di tv atau dvd/vcd.Filem jenayah yang diadaptasi dari kesah benar yang pernah mengejutkan Amerika suatu ketika dulu.Sepasang kekasih yang melakukan rompakan demi rompakan dan dibantu oleh keluarganya yang juga kaki merompak.Ada scene-scene yang humor dan mendebarkan.Antara filem terbaik lakunan Beatty dan Faye Dunaway.








8) King Of Comedy (1983)
Director: Martin Scorsese
Pelakun: Robert De Niro
                Jerry Lewis
                Sandra Bernhard
                Shelley Hack
Genre: Black Comedy

Komen:
Berpuluh kali aku menonton filem ini tetapi takde satu pun koleksi filem ini dalam simpanan.Pernah record filem ini yang ditayangkan di tv tetapi rakaman itu sudah dimakan kulat (tape video).
Memang seronok menonton filem ini kerana ia sungguh kelakar dan hebat.Kisahnya Rupert Pumpkin (Niro) yang bercita-cita besar nak jadi rajalawak seperti Jerry Langford(Jerry Lewis) dengan jalan yang mudah tanpa perlu ujibakat atau pengalaman.Akhirnya dia membalas dendam dengan menculik Langford supaya dia bolek beraksi ti tv dengan taraf sebagai pelawak pertama muncul di pentas.Macam-macam peristiwa lucu yang terjadi.







9) Midnight Run (1988)
Director: Martin Brest
Pelakun: Robert De Niro
                Charles Grodin
                Yaphet Kotto
                Dennis Farina
Genre: Action Comedy


Komen:
Tak berhenti ketawa menonton aksi Robert De Niro dan tahanannya,Charles Grodin yang melakukan perjalanan dari New York ke Los Angeles untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tetapi sepanjang perjalanannya mereka diburu oleh FBI dan sindiket mafia,berlakuklah berbagai-bagai peristiwa lucu dan kelakar.Sampai di LA sepatutnya tahanannya diserahkan kepada pehak berkuasa tetapi sebaliknya mereka menjadi kawan baik dan melepaskan tahanannya pulang ke NY.Nak tahu lebih lanjut nonton aje filem ni.






10) Taxi Driver (1976)
Director: Martin Scorsese
Pelakun: Robert De Niro
                Jodie Foster
                Cybill Shepherd
                Harvey Keitel
                Albert Brooks
Genre: Vigilante Film

Komen: Antara filem terbaik di Hollywood dan pernah memenangi anugerah.Kesah bekas tentera Amerika di Vietnam yang memandu teksi secara part time di waktu malam di kotaraya New York.Berbagai konflik emosi dan kecelaruan hidup membuatkan Travis Bickle (Niro) menjadi ganas dan tak tentu hala.Antara ungkapan kegemarannya di dalam filem ini 'you're talking to me?..menjadi trademark filem ini.








11) Apocalypse Now (1979)
Director: Francis Ford Coppola
Pelakun: Martin Sheen
                 Marlon Brando
                 Robert Duval
                 Dennis Hopper
Genre: Epic War Film

Komen:
Filem-filem garapan Coppola memang unik.Satu lagi naskhah terbaik Coppola selepas berjaya dengan filem Godfather dan Godfather 2 .Filem yang panjang durasinya ini tidak membosankan malah mendebarkan dengan aksi-aksi yang hebat.Kesah seorang pegawai operasi tentera khas Amerika yang ditugaskan membunuh Colonel Walter E Kurtz (Brando) yang sudah menjadi tak siuman dan merbahaya.Banyak aksi perang di Vietnam yang dipaparkan dalam filem ini.






12) Pretty Woman (1990)
Director: Gary Marshall
Pelakun: Richard Gere
                Julia Roberts
                Hector Elizondo
                Ralph Bellamy
Genre: Romantic Comedy

Komen:
Aku nonton filem ni pawagam dan sambutannya sungguh hebat.Pada mulanya aku sangka filem ini seperti filem romantic komedi yang slapstick tapi rupanya ia filem yang menghiburkan.Memang patutlah filem ini menjadi box office dan meletakkan nama Julia Robert sebagai actress terkenal hingga sekarang.











13) Happy Birthday To Me (1981)
Director:  J Lee Thompson
Pelakun: Melissa Sue Anderson
                 Ford
                 Lawrence Dane
                 Sharon Acker
Genre: Slasher Film

Komen:
Ini bukanlah filem terbaik tetapi antara filem yang menarik yang aku pernah tonton di pawagam suatu ketika dulu. Filem ni taklah meletop sebab ini filem bajet rendah dan dibarisi pelakun-pelakun kurang ternama kecuali Melissa yang pernah berlakun dlm siri tv popular Little House on the Prairie.Kesah seorang gadis (Melissa) yang membalas dendam pada teman-temannya yang tidak datang ke majlis harijadinya lalu dibunuh seorang demi seorang dan dibawa ke rumahnya untuk menjadi tetamu di majlis harijadinya.Seram ke?





14) The Lady Vanishes (1938)
Director: Alfred Hitchcock
Pelakun: Margaret Lockwood
                Michael Redgrave
                Paul Lucas
                Dame May Whitty
Genre: Comic Thriller

Komen:
Sebuah lagi naskhah terhebat Hitchcock yang dihasilkan pada tahun 1938.Filem hitam putih ini memang digarap dengan sempurna.Kisah seorang wanita Inggeris yang lenyap secara misteri di dalam sebuah keretapi.Bermacam keanihan dan tandatanya yang memening kepala para penyiasat yang menyiasat kejadian ini.Filem ini ada 'remake'nya yang dibuat pada tahun 1979 lakunan Cybill Shepherd tapi filem klasik ini lebih indah.
               



15) Roman Holiday (1953)
Director: William Wyler
Pelakun: Audrey Hepburn
                Gregory Peck
Genre: Romantic Comedy

Komen:
Kisah percintaan antara puteri raja dan seorang wartawan akhbar di Rom.Banyak babak-babak romantic dan lucu yang berlaku dalam filem ini.Aku nonton di dvd sebab aku cukup minat dengan Audrey Hepburn sebab dia jelita dan menawan.Banyak filemnya aku dah nonton tapi yang ini yang best.Hepburn memenangi award Aktress terbaik menerusi filem ini.Dia ibarat ratu filem Hollywood di abad 20 yang lalu.










 
 
 


16) The Score (2001)
Director: Frank Oz
Pelakun: Robert De Niro
                Edward Norton
                Marlon Brando
              Genre: Crime Thriller

Komen:
Filem yang penuh aksi mencemaskan tentang rompakan yang berprofail tinggi dan penuh taktik, teknik dan tipudaya.Biasalah ketamakan akan datang apabila kejayaan dicapai dan akhirnya tertipu kerana ketamakan sendiri.Filem ini memang best dan patut dinobatkan sebagai filem terhebat tetapi kurang mendapat perhatian pemerhati filem.Menerusi filem ini De Niro kembali 'berganding' dengan Brando di mana sebelum ini mereka pernah bersama dalam filem Godfather2 tetapi dalam scene berbeza



17) Saturday Night Fever (1977)
Director: John Badham
Pelakun: John Travolta
                Karen Lynn Gorney
                Barry Miller
                Donna Pescow
Genre: Dance Film

Komen:
Inilah filem pertama aku nonton di pawagam masa sekolah rendah dulu dan filem ini menjadi fenomena di era 70'an yang tengah kemaruk music disco.Filem ini jugalah yang menaikkan imej John Travolta sebagai bintang filem yang bergelar superstar tapi sayang pasangannya Karen Lynn Gorney terus pudar namanya dan tak dikenali langsung.Filem ini menjadi rujukan para peminat rentak disko dan tariannya yang digilai ramai hingga kini.Sebuah filem yang evergreen walaupun tak pernah menang apa-apa anugerah.Lagu-lagu yang menghiasi filem ini memang sedap dan merdu...




            
18) Grease (1978)    
Director: Randal Kleiser     
Pelakun: John Travolta
                Olivia Newton- John  
                Stockard Channing
 Genre: Musical/Romantic Comedy

Komen:
Bila memperkatakan tentang John Travolta tak sah tanpa filem ini.Ini adalah filem terbaik Travolta selepas Saturday Night Fever.Berganding dengan Olivia Newton-John membuat filem ini sungguh menarik dengan lagu-lagu cinta yang indah.Banyak babak-babak tarian dan nyanyian yang menghiburkan.Kesah pelajar-pelajar kolej yang gila-gila dan cuba menarik perhatian wanita.Paling best lagu openingnya 'Grease' nyanyian Frankie Vali ciptaan BeeGees yang terus melekat di hati sampai bila-bila.
               




   19) Bill and Ted's Excellent Adventure (1989)  
    Director: Stephen Herek
    Pelakun: Keanu Reeves
                    Alex Winter
                    George Carlin
     Genre: Science Fiction Comedy
Komen:
Ini adalah antara filem merapu yang cukup hebat dan super kelakar.Memang tak masuk akal langsung bila dua sahabat yang benci dengan subjek sejarah telah diancam oleh ayahnya sekiranya gagal dalam peperiksaan.Lalu seorang dari 'masa hadapan' yang cukup meminati musik dua sahabat ini telah turun ke dunia mereka dan membantu membawakan semua ahli sejarah yang dah meninggal dunia ke rumah masing-masing untuk membantu mereka mengulangkaji subjek sejarah.Mereka sebenarnya banyak menghabiskan masa bermain musik dan kononnya kumpulan mereka telah menjadi lagenda di 'masa hadapan'.Kelakar kelakar dan kelakar...



 


20) Bill and Ted's Bogus Journey (1991)
Director: Peter Hewitt
Pelakun: Keanu Reeves
                 Alex Winter
                 George Carlin
                 Joss Ackland
Genre: Science Fiction Comedy
Komen:
Ini adalah sequel filem yang pertama dan diarahkan oleh pengarah yang lain pula tetapi tetap merapu dan terpesong dari lojik akal..kali ini dua sahabat telah diancam oleh dua robot yang menyerupai mereka dan telah memperdayakan makwe masing-masing.Mereka berdua akhirnya dibunuh oleh robot jahat yang berwajah seperti mereka berdua.Selepas itu mereka hidup dalam alam roh dan bertemu dengan malaikat  maut dan mereka berusaha untuk mengelak dimasukkan ke dalam neraka.Setelah lulus ujian mereka dibawa ke shurga bersama dengan malaikat maut sekali.
               




21) Staying Alive (1983)
Director: Sylvester Stallone
Pelakun: John Travolta
                Cynthia Rhodes
                Finola Hughes
Genre: Musical/Dance Film

Komen:
 Ini adalah sequel filem Saturday Night Fever yang sukses di pawagam pada tahun 1977 dulu tapi sambutannya sederhana saja.Aku suka filem ni sebab tarian yang dipersembahkan memang hebat dan lagu-lagunya sedap pulak tu.Kira enjoylah nonton filem ni.
Walaupun Stallone cuma director tapi dia muncul sebagai cameo dalam filem ini walaupun tidak dikreditkan.










22) Desperado (1995)
Director: Robert Rodriguez
Pelakun: Antonio Banderas
                Salma Hayek
                Joaquim De Almeida
                Quentin Tarantino
                Steve Buscemi
Genre: Action

Komen:
Filem ini adalah sequel dari filem mexico bertajuk El Mariachi yang diterbitkan pada 1992 tetapi filem itu gagal di pawagam walaupun telah diedarkan oleh studio Hollywood.El Mariachi bermaksud 'Pemuzik' di mana Antonio Banderas menjadi seorang 'pemuzik' yang ganas apabila menjadi buruan ketua penjenayah.Banyak adegan tembak menembak.Boleh dikatakan filem ni memang pecah panggung dan patut ditonton.Filem ini juga digelar sebagai El Mariachi 2.









23) So Fine (1981)
Director: Andrew Bergman
Pelakun: Ryan O'Neil
                Jack Warden
                Mariangela Melato
                Richard Kiel
Genre: Comedy

Komen:
Gelihati aku bila nonton filem ni bila Ryan O'Neil memperkenalkan feshen terbaru seluar jean bila dia kantoi dengan awek dia lalu melarikan diri dengan seluar jean koyak di punggung lalu dia menemui plastic di dalam tong sampah untuk menutupi punggungnya.Ayahnya telah terlihat seluarnya lalu dijadikan feshen terbaru setelah beberapa kali feshen seluar jean yang dikeluarkan oleh syarikatnya  tidak laku di pasaran.







24) Smokey and the Bandit (1977)
Director: Hal Needham
Pelakun: Burt Reynolds
                 Sally Fields
                 Jerry Reed
                 Jackie Gleason
Genre: Action Comedy/Trucking Films

Komen:
Filem ada tiga sequel dan ini adalah yang pertama.Kisah Bandit (Reynolds) yang mengambil upah penghantaran barang menggunakan trak yang dipandu kawannya (Reed) bersama makwenya (Sally Fields) dan selalu menjadi buruan sheriff Texas (Gleason) kerana mereka selalu melanggar undang-undang.Banyak adegan yang menghiburkan dengan aksi-aksi kelakar di lebuhraya.Banyak adegan melibatkan trak-trak dan kereta polis.










25) Dumb and Dumber (1994)
Director: Peter/Bobby Farrelly
Pelakun: Jim Carey
                Jeff Daniels
                Lauren Holly
Genre: Road-Buddy Comedy

Komen:
Filem ini bolehlah dikatakan filem kelakar paling merapu di dekad 90-an.Kesah dua member yang dungu dan bahlol pergi ke Aspen untuk memulangkan suitcase milik seorang wanita kaya yang tertinggal di airport.Sepanjang perjalanan ke Aspen yang jauh berlakulah bermacam insiden lucu dan merapu sehinggalah mereka sampai ke Aspen,sebuah tempat peranginan di atas gunung di Colorado.Apabila pulang mereka jalan kaki merentas gurun pasir.






26) Death Becomes Her (1992)
Director: Robert Zemeckis
Pelakun: Bruce Willis
                Meryl Streep
                Goldie Hawn
                Isabella Rossellini
Genre: Dark Comedy/Fantasy Film

Komen:
Robert Zemeckis terkenal dengan naskhah yang hebat kebanyakkannya berunsur science fiction dan fantasy.
Filem ini memang hebat hasil garapan beliau.Kesah dua wanita yang berebut seorang lelaki kaya telah menemui bomoh untuk panjang umur dan tak mati-mati.Jadilah mereka mayat hidup yang sering berlumba memenangi hati doctor kaya (Willis).Seterusnya..tengok jelah filem ini.Memang kelakar dan menyeramkan jugak.














27) Anna and The King (1999)
Director: Andy Tennant
Pelakun: Chow Yuen Fatt
                Jodie Foster
                Bai Ling
Genre:Biographical Drama

Komen:
Ini adalah versi baru filem Anna & The King yang pernah diterbitkan pada tahun 1946.Hampir keseluruhan filem ini dibuat di Malaysia dengan berlatarbelakangkan Siam.Aku sendiri pun ikut berlakun dalam filem ini sebagai pelakun tambahan di dalam scene dalam istana Raja Mongkut di mana di dalam adegan itu Jodie dan Chow Yuen Fatt bertemu.Memang memenatkan walaupun aku terlibat dalam dua scene saje.Cari pengalamanlah katakan..






28) Modern Times (1936)
Director: Charlie Chaplin
Pelakun: Charlie Chaplin
                Paulette Goddard
                Henry Bergman
Genre: Comedy

Komen:
Charlie Chaplin adalah lagenda filem comedy di Hollywood.Ini adalah salah satu karya beliau yang dikira terbaik.Walaupun dalam format hitam putih tapi ia tetap klasik seperti mana filem-filem beliau yang lain.Saksikanlah bagaimana Chaplin yang menjadi buruh di dalam sebuah kilang dan berlakulah bermacam adegan-adegan comedy.













29) The Patsy (1964)
Director: Jerry Lewiss
Pelakun: Jerry Lewiss
                Ina Balin
                Everett Sloan
                John Carradine
Genre: Comedy

Komen:
Filem-filem Jerry Lewiss sememangnya lawak dan melucukan walaupun penuh dengan slapstick sana -sini.Filem The Patsy mengesahkan seorang bell boy hotel yang menjadi bintang baru menggantikan pelawak-pelawak asal yang telah maut dalam nahas kapalterbang.Lewiss terpaksa mengambil alih tugas pelawak yang telah mati itu dan berlakulah babak-babak lucu yang menggelikan hati.








30) Girl Happy (1965)
Director: Boris Sagal
Pelakun: Elvis Presley
                Shelley Fabarez
                Harold Stone
                Nita Talbot
Genre: Romantic Comedy/Musical

Komen:
Filem ke 18 Elvis Presley yang juga diangkat sebagai King of Rock N Roll.Aku suka filem ini kerana terdapat banyak lagu-lagu Elvis yang menarik dan menjadi hit seluruh dunia.Filem percintaan comedy ini dibarisi ramai pelakun-pelakun hebat.










31) Hotel Transylvania (2012)
Director: Genddy Tartakovsky
Pelakun (voice actors):
               Adam Sandler
               Selena Gomez
               Andy Samberg
               Kevin James
Genre: 3D computer animated fantasy

Komen:
 Walaupun ia cuma sebuah filem animasi tetapi ia amat melucukan dan menghiburkan.Kisah Dracula yang telah menjemput kawan-kawan baiknya di kalangan hantu dan raksasa ke hotelnya untuk mengelakkan dari gangguan manusia jahat.Walaubagaimanapun seorang manusia telah tersesat ke hotel Dracula dan jatuh cinta dengan anak gadis Dracula,Mavis.Sungguh mengkagumkan teknik animasinya dan very fantastic.









32) The Mechanic (1972)
Director: Michael Winner
Pelakun: Charles Bronson
                Jan-Michael Vincent
                Jill Ireland
                Keenan Wynn
Genre: Action Thriller

Komen:
Filem yang menarik untuk ditonton walaupun filem ini sukar hendak dicari dvdnya apatahlagi ditayangkan di kaca tv.Gandingan dua pelakun mantap Bronson dan Jan-Michael Vincent yang bersatu untuk membunuh seseorang yang perlu dibunuh.Akhirnya mereka mendapat arahan untuk membunuh sesama sendiri.Apakah yang terjadi seterusnya..entahlah..!Saya pernah menontonnya di pawagam.







33) The Great Escape (1963)
Director: John Sturges
Pelakun: Steve McQueen
                James Garner
                James Coburn
                Richard Attenborough
Genre: Escape movie/War

Komen:
Mengisahkan sepasukan tentera bersekutu yang telah ditahan oleh pehak Nazi mencari jalan untuk melepaskan diri dari tahanan tentera German.Banyak babak-babak menarik yang disajikan.Berlatarbelakangkan peristiwa Perang Dunia kedua.












34) Hanna's War (1988)
Director: Menahem Golan
Pelakun: Maruschka Detmers
                Ellen Burstyn
                Donald Pleasence
                Avi Korein
Genre: Biographic novel

Komen:
Filem ini mengesahkan kehidupan seorang wanita Yahudi bernama Hanna Senesh.Filem ini memang menarik dan boleh menitiskan airmata.Hanna seorang pelajar di Palestine mengambil keputusan menyertai tentera Inggeris untuk menyelamatkan keluarganya di Hungary yang telah ditahan oleh tentera German.Bermacam rentetan peristiwa berlaku sekembalinya ke tanahairnya dan akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan...










35)Escape from Alcatraz (1979)
Director:Don Siegel
Pelakun: Clint Eastwood
                 Patrick McGoohan
                 Fred Ward
Genre: Prison Film

Komen:
Ramai yang telah menonton filem ini.Ini adalah salah satu filem lakunan Eastwood yang terbaik.Mengesahkan seorang banduan di penjara Alcatraz memperdayakan warden dan pehak penjara untuk memboloskan diri.










 


36)the Good The Bad and The Ugly (1966)
Director: Sergio Leone
Pelakun: Clint Eastwood
                 Eli Wallach
                 Lee Van Cleef
Genre: Spaghetti Western/Cowboy

Komen:
Filem buatan Italy arahan Sergio Leone mengesahkan tiga orang cowboy yang mempunyai watak-watak berbeza.Filem Spaghetti western merujuk kepada filem cowboy ala America tetapi dibikin di Italy dengan berlatarbelakangkan padang pasir di selatan Sepanyol.












37) The Godfather II (1974)
Director: Francis Ford Coppola
Pelakun: Al Pachino
                Robert Duval
                Diane Keaton
                Robert De Niro
                John Cazale
Genre: Crime Epic

Komen: Kesah keluarga Michael Corleone(Pachino)  yang menjalankan perniagaan haram (mafia) yang menghadapi banyak halangan dan rintangan dari pehak berkuasa dan musuh-musuhnya sendiri.Filem ini berdasarkan novel karya Mario Puzzo dan merupakan sequel kepada filem Godfather pada tahun1972.Lakunan Al Pachino dalam filem ini melayakkan dirinya memenangi BAFTA Award untuk Pelakun Terbaik.








38) Falling In Love (1984)
Director: Ulu Grosbard
Pelakun: Robert De Niro
                 Meryl Streep
                 Harvey Kietel
                 Jane Kazcmarek
                 Dianne Wiest
Genre: Romantic Drama

Komen:
Sebuah lagi filem lakunan Robert De Niro yang aku kira menarik dan menghiburkan.Kisah seorang lelaki yang  telah berkahwin  jatuh cinta dengan seorang wanita (Streep) yang telah bersuami.Mereka merancang untuk bersama menjadi suami isteri tetapi mendapat halangan dari pasangan masing-masing.Banyak juga adegan menarik dan saspen.








39) The Italian Job (1969)
Director: Peter Collinson
Pelakun: Michael Caine
                Noel Coward
                Benny Hill
                Raff Vallone
Genre: Caper Film
Komen:
Filem buatan British ini memang menghiburkan.Kesah beberapa perompak yang telah merompak jongkong emas di Rome dan menjadi buruan pehak berkuasa.






40) Three Fugitives (1989)
Director: Francis Veber
Pelakun: Nick Nolte
                Martin Shot
                James Earl Jones
                Sarah Rowland Doroff
Genre: Crime Comedy

Komen:
Memang melucukan filem ini.Kisah seorang banduan (Nolte) yang baru keluar penjara telah diejek oleh pegawai polis yang pernah menangkapnya dulu.Sesampai di bank terdapat satu rompakan yang dilakukan oleh seorang perompak amator( Shot).Pegawai polis tadi menyangka ini kerja bekas banduan tadi tetapi sebaliknya beliau yang dijadikan tebusan oleh perompak amator tadi.Maka berlakulah banyak babak-babak komedi yang melucukan.









41) Cape Fear (1991)
Director: Martin Scorsese
Pelakun: Robert De Niro
                Nick Nolte
                Jessica Lange
                Joe Don Baker
Genre: Psychological thriller

Komen:
Filem ini adalah bikinan semula dan karya aslinya pernah diterbitkan pada 1962.Filem arahan Scorsese ini memang menggetarkan jiwa dan penuh adegan saspen dan mendebarkan.Kisah seorang banduan yang ingin membalas dendam pada peguamnya yang gagal membelanya di mahkamah dahulu dan menyebabkan beliau dipenjara.Keluarga peguam tersebut terancam dengan kehadiran bekas banduan tersebut.Saspen!!









42) King Kong (1976)
Director: John Guillermin
Pelakun: Jeff Bridges
                Charles Grodin
                Jessica Lange
Genre:Monster Thriller Film

Komen:
Antara filem yang pernah aku tonton di pawagam masak kanak-kanak dulu.Menonton filem King Kong pada masa itu memang menyeronokkan.Seekor beruk gergasi bergelar King Kong telah muncul di kota New York dan mencemaskan penduduk sekitarnya.Macam real ajee..












43) The Birds (1963)
Director: Alfred Hitchcock
Pelakun: Rod Taylor
                Tippi Hedren
                Jessica Tandy
Genre: Horror/Suspence

Komen:
Sebuah lagi karya Alfred Hitchcock yang terkenal dengan filem-filem seram dan misteri.Filem ini menarik untuk ditonton.Kesah burung-burung yang entah datang dari mana mengganggu penduduk dan ada yang membunuh manusia.Yang peliknya burung-burung itu akan hadir di mana saja Melanie Daniels (Tippi Hedren) berada dan mengganggu penduduk setempat.Akibatnya nyawa Melanie terancam.












46) Rear Window (1954)
Director: Alfred Hitchcock
Pelakun: James Stewart
                Grace Kelly
                Wendell Corey
                Thelma Ritter
                Raymond Burr
Genre: Suspence thriller


Komen:
Sejujurnya filem ni membosankan.Walaupun filem ini dalam technicolor tapi banyak babak-babak hanya di dalam kamar di tepi jendela sebuah apartment.Yang membuat aku tertarik filem ini hanya kerana kemunculan actress jelita Grace Kelly yang berlakun sebagai jururawat yang setia melayani pesakitnya.Melalui jendela mereka dapat melihat berbagai kejadian yang berlaku.






47) Guilty By Suspicion (1991)
Director: Irwin Winkler
Pelakun: Robert De Niro
                Annette Bening
                George Wendt
                Martin Scorsese
Genre: Drama

Komen:
Cuma sekali menonton filem ini di tv metrovision pada 90an dulu tapi bila aku cuba cari dvd atau vcd tak pernah jumpa,,di astro pun tak pernah main.Best filem ni..kesah seorang director filem Hollywood (De Niro) yang telah disenaraihitamkan kerana terbabit dalam pergerakan kominis dan telah dihadapkan ke mahkamah.









48) Earthquake (1974)
Director: Mark Robson
Pelakun: Charlton Heston
                Ava Gardner
                George Kennedy
                Lorne Green
                Richard Roundtree
Genre: Dissaster film

Komen:
Filem ini dibarisi oleh ramai bintang ternama.Filem hebat ini menggambarkan bagaimana California dilanda gempabumi yang dasyat.Berlakulah bermacam-macam huruhara dan manusia mencari perlindungan..biasalah heronya tak mati.










49) Ben Hur (1959)
Director: William Whyler
pelakun: Charlton Heston
                Stephen Boyd
                Jack Hawkins
                Haya Harareet
Genre: Эpic Historical Drama

Komen:
Antara filem blockbuster Hollywood yang terbaik dalam sejarah.Memenangi 11 Academy Awards.Sebuah filem yang mahal kos pembikinannya.Filem ini dibikin semula oleh pengarahnya dari filem bisu Ben Hur 1925.Diadaptasi dari novel Lew Wallace 1880.Filem ini memang hebat dari segi persembahannya.Anda tak bosan menonton filem ini.









50) Lionheart (1990)
Director: Sheldon Lettich
Pelakun: Jean-Claude Van Damme
                Harrison Page
                Brian Thompson
                Deborah Rennard
Genre: Action

Komen:
Dulu filem ini dikenali dengan nama A.W.O.L. (Absent Without Leave).Bagi penggemar filem action filem ini sesuai ditonton.Banyak menampilkan aksi pertarungan martial arts.Kisah Lyon (Van Damme) yang melarikan diri dari kem tentera di Djibouti (Afrika Utara) bertujuan untuk membantu kakak iparnya yang diancam maut setelah abangnya dibunuh kerana hutang.Filem Van Damme memang hebat kerana banyak menampilkan adegan lasak.





 



51) How To Marry A Millionare (1953)
Director: Jean Negulesco
Pelakun: Marilyn Monroe
                 Betty Grable
                 Lauren Bacall
                 William Powell
                 Cameron Mitchell
Genre: Romantic Comedy

Komen:
Mengisahkan tiga wanita jelita yang berlumba-lumba untuk memikat lelaki kaya untuk dijadikan pasangan.Filem ini dibuat dalam bentuk cinema scope dan Technicolor.Filem komidi ini memang seronok ditonton kepada penggemar filem-filem klasik.Memang menghiburkan.








52) Heidi (1937)
Director: Allan Dwan
Pelakun: Shirley Temple
                Jean Hersholt
                Marcia May Jones
                Delma Watson
                Mary Nash
Genre: Dramatic

Komen:
 Masa aku kanak-kanak dulu aku sering membaca novel Heidi ini yang berkisah tentang cerita rakyat Swiss.Filem ini banyak versi ,ada versi kartun dan versi filem televisyen.Tapi filem Heidi lakunan Shirley Temple adalah versi filem yang menarik. Cerita tentang Heidi yang tinggal dengan datuknya di pergunungan Swiss dan dibawa lari oleh makciknya ke German dan tinggal bersama dengan gadis cacat bernama Klara.







  
53) My Cousin Vinny (1992)
Director: Jonathan Lynn
Pelakun:  Joe Pesci 
                 Marisa Tomei  
                 Ralph Macchio
                 Fred Gwayne
Genre: Comedy

Komen:
Kisah lucu bila dua sahabat yang dalam perjalanan telah singgah di sebuah minimarket untuk membeli makanan.Kebetulah ada kecurian berlaku dan mereka berdua telah ditahan oleh polis atas tuduhan merompak minimarket yang mereka singgah tadi.Setelah dihadapkan ke mahkamah salah seorang pemuda tadi telah melantik sepupunya dari New York untuk menjadi peguamnya. Banyak adegan lucu bila Joe Pesci yang terkenal dengan watak ganasnya menjadi peguam yang kekok.








54) To Wong Foo.Thanks For Evrything!
       Julie Newmar (1995)
Director: Beeban Kidron
Pelakun: Wesley Snipes
                 Patrick Swayze
                 John Leguizamo
                 Robin Williams
Genre: Comedy

Komen:
Kesah tiga pondan (Snipes.Swayze dan Leguizamo) melakukan perjalanan ke Hollywood untuk menyertai 'Miss Drag Queen of America Pageant' dengan menaiki kereta.Mereka membawa sekali foto Julie Newmar yang tertera ayat 'to wong foo,thanks for everything!Julie Newmar' yang mereka ambil dari dinding sebuah restoren.Filem ini sungguh melucukan kerana para pelakunnya lebih dikenali melalui filem-filem action seperti Patrick Swayze dan Wesley Snipes.





 


55) Popeye (1980)
Director: Robert Altman
Pelakun: Robin Williams
                 Shelley Duval
                 Paul L Smith
                 Paul Dooley
Genre: Musical comedy

Komen:
Ini adalah filem yang diadaptasikan dari cerita kartun Popeye The Sailor Man yang sungguh popular.Sesiapa yang meminati karekter kartun Popeye mesti tak lepaskan peluang menonton filem ini.Aku pernah menonton filem ini di waktu remaja aku di pawagam.Memang menarik seolah-olah kita menonton filem kartun yang hidup!









56) Goodfellas (1990)
Director: Martin Scorsese
Pelakun: Robert De Niro
                 Joe Pesci
                 Ray Liota
                 Lorraine Bracco
Genre: Crime film

Komen:
Filem ini banyak menampilkan adegan keganasan dan kata-kata kesat sesuai dengan jalan ceritanya yang berkisarkan keluarga mafia.Filem ini tidak sesuai ditonton untuk seisi keluarga kerana bahasanya yang banyak mencarut dan caci maki.Banyak watak-watak hitam yang ditampilkan sebagai ahli-ahli kongsi gelap atau mafia dan gangster.Walaubagaimanapun ia sebuah filem yang bagus kerana ia diarahkan oleh pakar filem bercorak mafia,Martin Scorsese yang sering bekerjasama dengan Robert De Niro.







57) Terminator 2: The Judgment Day (1991)
Director: James Cameron
Pelakun: Arnold Schwarzenegger
                 Linda Hamilton
                 Robert Patrick
                 Edward Furlong
Genre: Science fiction action thriller

Komen:
Antara filem terhebat karya James Cameron.Ini adalah sequel filem The Terminator (1984) yang mendapat sambutan hangat.Banyak aksi-aksi menarik yang dipaparkan dalam filem ini seperti aksi manusia robot yang ingin membunuh lawannya.Aku rasa ramai yang tahu filem ini kerana ini adalah salah satu filem kegemaran semua pecinta wayang seantero dunia.









58) The Villain (1979)
Director: Hal Needham
Pelakun: Arnold Schwarzenegger
                Kirk Douglas
                Ann-Margret
                Paul Lynde
                Foster Brooks
Genre: Parody of western film

Komen:
Sebuah filem koboi komedi yang tak kering gusi menontonnya.Banyak adegan yang tak masuk akal seumpama filem kartun.Cukup melucukan.Filem ini juga dikenali sebagai 'Cactus Jack' di setengah negara.Kisah seorang lelaki (Kirk) yang cemburu melihat wanita cantik bersama seorang lelaki handsome menaiki kereta kuda bersama lalu mencari jalan untuk menghalangnya.








59) Sweet Charity (1969)
Director: Bob Fosse
Pelakun: Shirley MacLaine
                 John McMartin
                 Sammy Davis,Jr
                 Ricardo Montalban
                  Chita Rivera
Genre: Musical

Komen:
Kepada peminat filem-filem ala Hindustan Hollywood bolehlah nonton filem ini.Banyak adegan tarian dan nyanyian dipaparkan dalam filem ini.Ia sungguh klasik dan seronok untuk ditonton.









60) Cannonball Run 11 (1984)
Director: Hal Needham
Pelakun: Burt Reynolds
                 Dom DeLuise
                 Dean Martin
                 Sammy Davis,Jr
                 Jackie Chan
                 Shirley MacLaine
                 Marilu Henner
Genre: Comedy

Komen:
Hal Nedham terkenal dengan filem-filem  komedi bercorak perlumbaan.Ini salah satu naskhah beliau yang sungguh lucu selepas kejayaan Cannonball Run  yang mendapat sambutan hangat.Ramai bintang-bintang yang Hollywood yang terkenal di zaman itu mengambil bahagian seperti Jackie Chan yang memegang watak kecil sebagai ingeneer kereta dan juga kemunculan Frank Sinatra.Memang gempak filem ni.







61) Jurassic Park (1993)
Director: Steven Spielberg
Pelakun: Sam Neil
                Jeff Goldblum
                Laura Dern
                Richard Attenborough
Genre: Science fiction

Komen:
Filem ini mendapat sambutan paling menggalakkan di seluruh dunia.Filem berkaitan dinosaur boleh dikatakan jarang dibikin sebelum Jurassic Park.Cerita tentang dinosaur biasanya dalam dokumentari tetapi yang diadaptasi ke filem mungkin ini yang pertama.Kisah kehidupan dinosaur seekor binatang prasejarah digambarkan hidup di zaman moden ini dan menggemparkan dunia.Memang hebat.








 62) Mad Max 2 (1981)
Director: George Miller
Pelakun: Mel Gibson
                Michael Preston
                Bruce Spence
                Virginia Hey
Genre: Action
 Komen:
Filem buatan Australia ini menggegarkan dunia dengan filem  ini yang menjadi sequel dari filem Max Mad.Masih mengekalkan Mel Gibson sebagai tunjang utama.Filem ini mengimbau kenangan di zaman bujang yang selalu pergi tengok wayang di rumah berdekatan,maklumlah rumah bujang dekat dengan pawagam.Inilah salah satu filem yang pernah aku tonton ketika itu (ini bukan plot cerita Mad Max2 ok!)
Hahahaha..












63) Kelly's Heroes (1970)
Director: Brian G. Hutton
Pelakun: Clint Eastwood
                 Telly Savalas
                 Donald Sitherland
                 Don Rickles
                 Caroll O'Connor
Genre: War Comedy

Komen:
Kisah sekumpulan tentera Amerika dalam perang dunia kedua yang melarikan diri dari tugasan sebenar bertujuan untuk merompak harta berupa jongkong emas milik tentera German di kawasan musuh.Mereka berjuang habis-habisan hanya ingin mengaut kekayaan .Saksikanlah filem menarik ini di pawagam rumah anda..










64) The Sting (1973)
Director: George Roy Hill
Pelakun: Paul Newman
                Robert Redford
                Robert Shaw
                Charles Durning
Genre: Caper film
Komen:
Gandingan Paul Newman-Robert Redford memang serasi sejak kali pertama mereka berganding dalam filem Butch Cassidy and Sundance Kid yang tidak kurang hebatnya.Filem ini juga diselitkan beberapa adegan lucu.Filem ini memang menarik dan banyak menggunakan permainan tipu muslihat untuk memerangkap musuh.Memang berbaloi menontonnya.






65) Three Stooges:Disorder in the
       Court (1936)
Director: Preston Black
Pelakun: Moe,Larry & Curly
                Bud Jamison
                Harry Semels
Genre: Slapstick Comedy
Komen:
 Antara filem pendek lakunan Three Stooges yang terbaik.Semua filem-filem pendek mereka kelakar slapstik yang sesuai ketika itu.Memang enjoy menonton tiga member ni.






66) Fantastic Voyage (1966)
Director: Richard Fleischer
Pelakun: Stephen Boyd
                Raquel Welch
                Edmond O'Brian
                Donald Pleasence

Komen:
Aku pernah menontonnya semasa kanak-kanak dulu di tv,kesah tentang xpdc ke dalam tubuh manusia mencari punca penyakit yang dilakukan oleh para saintis.Hebat!








67) The Fighter (2010)
Director: David O. Russel
Pelakun: Mark Wahlberg
                Christian Bale
                Amy Adams
                Mellisa Leo
Genre: Biographical Sports Drama

Komen:
Antara filem terbaik lakunan Mark Wahlberg yang bergandingan dengan Christian Bale.Filem yang tercalun untuk berbagai anugerah  Academy Awards dan memenangi dua anugerah Pelakun Pembantu lelaki terbaik (Bale) dan Pelakun Pembantu wanita terbaik (Mellisa Leo).Mengisahkan sebuah keluarga yang terlibat di dalam sukan tinju dam menghadapi berbagai liku-liku dan cabaran demi mencapai kejayaan di dalam sukan tersebut.Memang menarik filem ini.







68) From Paris With Love (2010)
Director: Pieere Morel
Pelakun: John Travolta
                Jonathan Rhys Meyers
                Kasia Smutniak
                Richard Durden
Genre: Action

Komen:
Siapa sangka John Travolta hanya pandai menari sahaja menerusi filem-filem silamnya.Filem ini memaparkan banyak aksi-aksi ganas Travolta yang menjadi agen rahsia CIA di Paris berganding dengan agen muda yang sedang mencari peluang kenaikan pangkat.
Memang tak senang duduk menonton filem aksi ini.Terbaik dari John Travolta.









69) Die Hard (1988)
Director: Jon Mc Tiernan
Pelakun: Bruce Willis
                Alan Rickman
                Alexander Godunov
                Bonnie Bedelia
Genre: Action

Komen:
Walaupun Die Hard mempunyai banyak sequel,tetapi Die Hard yang pertama ini tetap di hati.Ia tidaklah sehebat Die Hard sequelnya tetapi menonton filem ini menimbulkan nostalgia dan klimaksnya boleh menitiskan airmata.Sebuah filem yang sungguh seronok menontonnya.













70) We're No Angels (1989)
Director: Neil Jordan
Pelakun: Robert De Niro
                Sean Penn
                Demi Moore
                Bruno Kirby
Genre: Comedy

Komen:
Sebuah lagi filem lakunan Robert De Niro.Kali ini beliau berganding dengan Sean Penn sebagai dua orang banduan yang berjaya melepas diri dari penjara.Gerakan besar-besaran dilakukan pehak berkuasa untuk memburu mereka berdua tetapi tak berhasil kerana mereka berdua telah menyamar menjadi paderi dan dihormati oleh penduduk kampong.Banyak babak-babak lucu yang membuat kita terus ketawa.







71) Mask (1994)
Director: Chuck Russel
Pelakun:Jim Carey
                Cameron Diaz
                Peter Riggert
                Peter Greene
                Amy Yasbeck
Genre: Superhero fantasy action comedy

Komen:
Filem yang telah menjulang nama Jim Carey dan Cameron Diaz menjadi bintang gemerlapan di Hollywood.Kemunculan filem ini sedikit masa dulu menimbulkan fenomena dan sekaligus nama Jim Carey terus memuncak.Filem fantasi komedi ini memang luarbiasa sambutannya dan Jim Carey yang membawa watak The Mask memang kena dengan gayanya yang gila-gila.Memang melucukan filem ini.









72) The Fugitive (1993)
Director: Andrew Davies
Pelakun: Harrison Ford
                Tommy Lee Jones
                Sela Ward
                Joe Pantoliano
Genre: Thriller

Komen:
Diadaptasikan dari siri tv popular 60an yang menggunakan jodol yang sama.Filem ini memang menarik untuk ditonton.Kisah seorang doktor bedah yang diburu pehak berkuasa kerana dituduh membunuh isterinya.Penuh adegan saspen yang boleh menggetarkan jiwa.Saksikan bagaimana Dr Kimble (Ford) meloloskan diri dari kepungan pehak polis.Memang menarik dan tidak rugi menontonnya.










73) Caveman (1981)
Director: Carl Gottlieb
Pelakun: Ringo Starr
                Barbara Bach
                Shelley Long
                Dennis Quaid
Genre: Slapstick Comedy

Komen:
Saksikan pemain drum The Beatles,Ringo Star beraksi bersama isterinya Barbara Bach (tapi dah cerai..) berlakun sebagai orang gua primitif yang tinggal di dalam gua dan ditemani kawan-kawannya yang lain.Kehidupan mereka sering diancam oleh dinosaur yang kelaparan.Saksikan telatah orang gua yang bercawat dan berbahasa yang tidak difahami dan amat melucukan.









74) Problem Child (1990)
Director: Dennis Dugan
Pelakun: John Ritter
                Michael Oliver
                Amy Yasbeck
                Michael Richards
                Jack Warden
Genre: Comedy

Komen:
Kisah sepasang suami isteri yang tak punyai anak telah mengambil seorang anak angkat lelaki dari pusat anak yatim.Setelah dibawa pulang anak angkatnya yang bernama Junior telah menimbulkan bermacam-macam masalah dan kelamkabut dengan telatah nakal budak tersebut.Lebih kelamkabut lagi bila budak itu menulis surat kepada kepala gangster di penjara.Kelakar sangat melihat kerenah Junior yang membuat ibubapa angkatnya semakin porak peranda hidupnya.







75) The Dogs Of War (1980)
Director: John Irwin
Pelakun: Christopher Walken
                 Tom Berenger
                 Colin Blakely
                 Paul  Freeman
Genre: War Film

Komen:
Aku pernah menonton filem ini di pawagam di masa remaja aku dulu dan sampai sekarang aku masih teringat beberapa adegan dalam filem tersebut.Ini salah satu filem terbaik Walken.Kisah seorang pegawai bernama Shanon (Walken) yang diupah oleh seorang jutawan British untuk operasi intipan di sebuah negara di Afrika bernama Zangaro dan menyamar sebagai jurufoto.









76) Ace Ventura: Pet Detective (1994)
Director: Tom Shadyac
Pelakun: Jim Carey
                 Courteney Cox
                 Sean Young
                 Dan Marino
Genre: Comedy Detective
 
Komen:
Filem ini agak menarik kerana Jim Carey berlakun sebagai penyiasat persendirian khusus untuk menjejak kehilangan binatang peliharaan walaupun kerjayanya itu sering dipersendakan oleh orang di sekelilingnya.Tapi biasalah Carey buat poyo je...hahaha










77) Defiance (2008)
Director: Edward Zwick
Pelakun : Daniel Craig
                  Liev Schrieber
                  Jamie Bell
                  George MacKay
Genre: WW2 Era Film

Komen:
Agak menarik filem ini yang berlatarbelakangkan era perang dunia ke 2.Daniel Craig bukan saja hebat sebagai James Bond tetapi menerusi filem ini beliau memegang watak sebagai Tuvia dan saudaranya yang dikenali sebagai Polish Jewish Bielski Brothers yang diancam oleh Nazi German di mana bapa mereka telah dibunuh dan mereka diburu oleh pihak musuh dan terpaksa melarikan diri ke dalam hutan.Filem ini memang menarik untuk ditonton.Memang best!







78)b Get Carter (1971)
Director: Mike Hodgers
Pelakun: Michael Caine
                Ian Hendry
                Brit Ekland
                John Osborne
                Bryan Mosely
Genre: Crime Film

Komen:
Bagi aku filem lakunan Michael Caine lebih klasik dari filem bikinan semula lakunan semula Sylvester Stallone.Ia lebih berciri Inggeris kerana is filem British.Filem jenayah begini memang mendebarkan. Kisah seorang ketua gangster yang menyiasat punca kematian abangnya dan ingin mencari siapa pembunuhnya.








79) Johnny English (2003)
Director: Peter Howitt
Pelakun: Rowan Atkinson
                 Ben Miller
                 Natalie Imbruglia
                 John Malkovich
Genre: Comedy Parody

Komen:
Filem British ini menampilkan Rowan Atkinson sebagai agent rahsia yang kelamkabut dan selalu membuat kesilapan dan selalu membuat partnernya pening kepala.Filem ini adalah parody kepada filem-filem James Bond.Walaupun ini bukan filem Mr Bean tetapi penonton tetap merasa yang agent rahsia itu Mr Bean.Memang lucu filem ini dan sequelnya Johnny English:Reborn lagi lawak!Tapi yang ini lagi best..







80) West Side Story (1961)
Director: Robert Wise/Jerome Robbins
Pelakun: Natalie Woods
                Richard Beymer
                Rita Moreno
                Russ Tamblyn
Genre: Musical

Komen:
Diadaptasikan dari Broadway Musical dengan tajuk yang sama berinspirasikan kesah Romeo dan Juliet.Filem musical ini memaparkan banyak adegan nyanyian dan tarian tapi bersifat gengterisme.Banyak adegan perkelahian yang disampaikan menerusi lagu dan tarian.Sesiapa yang berminat dengan filem begini memang inilah filem yang sesuai dan ia masih klasik dan warna-warni.Menghiburkan!









81) The Milky Way (1936)
Director: Leo McCarey
Pelakun: Harold Lloyd
                Adolphe Menjou
                Verree Teasdale
                Helen Mack
Genre: Comedy

Komen:
Ini filem klasik.Siapa tak kenal dengan Harold Lloyd seorang pelakun comedy sejak dari era filem bisu hingga filem bersuara Lloyd tetap hebat dan tetap bersaing dengan Charlie Chaplin, Charlie Chase dan Buster Keaton yang juga hebat ketika itu.Filem ni memang kelakar kisah seorang penghantar susu menjadi ahli tinju.Banyak adegan slapstick yang melucukan.









82) Geronimo: An American Legend (1993)
Director: Walter Hill
Pelakun: Wes Studi
                Jason Patrick
                Matt Damon
                Robert Duvall
                Gene Hackman
                Steve Reevis
Genre: Western

Komen:
Ia berdasarkan kesah benar yang berlaku di Amerika pada 1886 di mana pehak berkuasa Amerika ingin menangkap ketua pehak Apache yang bernama Geronimo dan sekutunya yang sering mengancam keselamatan pehak berkuasa dan rakyat kulit putih.Pehak Apache telah berkeras tidak mahu tanah milik mereka ditadbir dan dijarah oleh pehak kulit putih.Filem yang hebat dan lakunan Wes Studi sebagai Geronimo memang diakui kehebatannya.






83) The Lady (2011)
Director: Luc Besson
Pelakun: Michelle Yeoh
                David Thewlis
                Jonathan Woodhouse
Genre: Epic/True Story/Drama

Komen:
Michelle Yeoh memegang watak sebagai Aung San Suu Kyi seorang tokoh berkarisma di Burma yang menentang sistem pemerintahan tentera dan mahukan demokrasi ditegakkan di bumi kelahirannya sebaliknya beliau ditentang dan dipenjarakan.Saksikan liku-liku hidup Suu Kyi dan suaminya yang terpisah jauh dan kekejaman pehak junta tentera yang menindas rakyat Burma.Lakunan Michelle Yeoh berjaya memikat hati kita dan membawa wataknya dengan berkesan.









84) Machete (2010)
Director: Robert Rodriguez
Pelakun: Danny Trejo
                Robert De Niro
                Jessica Alba
                Lindsay Lohan
                Steven Seagal
Genre: Action Comedy

Komen:
Filem action comedy ini menghiburkan.Saksikan peristiwa yang sering berlaku di sempadan Amerika-Mexico di mana ramai pendatang Mexico sering melakukan kekacauan dan masaalah.Kisah Machete (Trejo) yang diupah oleh ketua gangster supaya membunuh Senator John McLoughlin (Niro) yang berkempen ingin menghapuskan pendatang haram.Saksikan filem yang menghiburkan ini.








85) Hitchcock (2012)
Director: Sacha Gervasi
Pelakun: Anthony Hopkins
                 Helen Mirren
                 Scarlett Johansson
                 Toni Collette
                 James D'Arcy
Genre: Biographical Comedy Drama

Komen:
Mengisah Alfred Hitchcock (Hopkins) yang sedang mengarah filem Psycho menghadapi berbagai ujian getir dari pehak studio dan isterinya sendiri.Berbagai ragam manusia di sekelilingnya yang memperlekehkan usahanya sehingga akhirnya filem tersebut mendapat sambutan yang hangat dari penonton.Memang menarik di samping kita dapat menyaksikan berbagai perkara di sebalik pembikinan filem Psycho yang telah mengangkat nama pengarah tersohor ini.







86) Psycho IV: The Beginning (1990)
Director: Mick Garris
Pelakun: Anthony Perkins
                 Olivia Hussey
                 Henry Thomas
                 CCH Pounder
Genre: Horror/Drama

Komen:
Anthony Perkins cukup sinonem dengan watak Norman Bates sejak filem Psycho(1969) dan siri-sirinya termasuklah yang ini.Kali ini dia bercerita bagaimana ibunya dibunuh dan mangsa-mangsanya yang lain.Banyak adegan flashback menunjukkan bagaimana Norman membunuh ibunya dan beliau juga berhasrat untuk membunuh isterinya yang sedang hamil.Mendebarkan..








87) King Of New York (1957)
Director: Charlie Chaplin
Pelakun: Charlie Chaplin
                 Dawn Addams
                 Michael Chaplin
                 Maxine Audley
Genre: Comedy

Komen:

Filem ini bukanlah filem bisu sepertimana yang kita tahu mengenai filem Chaplin.Ia sebuah filem 'bersuara' di mana kita boleh mendengar suara Chaplin tetapi agak berusia kerana ini antara filem-filem di penghujung kariernya.
Turut serta bersamanya ialah salah seorang anaknya,Michael.Banyak adegan lucu dan menarik di dalam filem ini.Kira boleh tahan.









88) Matchstick Men (2003)
Director: Ridley Scott
Pelakun: Nicholas Cage
                 Sam Rockwell
                 Alison Lohman
                 Bruce Altman
Genre: Comedy Drama

Komen:
Nicholas Cage terkenal dengan filem-filem aksi dan banyak filem aksinya yang hebat.Aku pilih filem ini kerana ia tidak terlalu 'heavy' dengan aksi lasak yang kadang-kadang membosankan.Ia mengenai seorang lelaki yang menjalankan perniagaan penipuan untuk menyara kehidupan bersama temannya yang juga anak didiknya.Bertambah lagi masalah bila seorang gadis tinggal serumah dengannya dan mengaku anaknya dan ingin belajar 'sesuatu'dari bapanya.






89) Memoirs Of An Invisible Man (1992)
Director: John Carpenter
Pelakun: Chevy Chase
                 Daryl Hannah
                 Sam Neil
                 Pat Skipper
Genre: Comedy

Komen:
Dah lama tak menonton filem-filem Chevy Chase.Filem-filem lakunan Chase hampir semuanya komidi tapi bukan komidi picisan atau komidi komik.Filemnya ada falsafah tersendiri.Ini salah satu filem beliau yang amat kelakar di samping actress Daryl Hannah.Cerita pasal orang halimunanlah apalagi pasti lawak dan kelakar.






 




90) Planes.Trains and Automobiles (1987)
Director: John Hughes
Pelakun: Steve Martin
                John Candy
                Laila Robins
                Kevin Bacon
Genre: Comedy

Komen:
Filem yang boleh menghiburkan anda.Saksikan Steve Martin yang selalu diganggu oleh John Candy di sepanjang perjalanannya pulang ke Chicago untuk menyambut hari Thanksgiving bersama keluarganya.Tapi di sepanjang perjalanannya dari New York ke Chicago selalu mengalami masalah pengangkutan seperti kapalterbang,naik keretapi,sewa motel dan bermacam masalah di perjalanan dan diganggu pula oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya dan bersamanya ke mana saja dia pergi.









91) The Untouchables (1987)
Director: Brian De Palma
Pelakun: Kevin Costner
                Sean Connery
                Andy Garcia
                Robert De Niro
                Charles Martin Smith
Genre: Crime Drama

Komen:
Sebuah filem yang hebat yang menggambarkan bagaimana Eliot Ness (Costner) yang cuba menangkap dan menahan ketua pengganas yang terkenal Al Capone (De Niro) dengan dibantu oleh beberapa sahabatnya yang berpengalaman untuk bersama menghapuskan jenayah yang dirancang dan diketuai oleh Al Capone.Lakunan Robert De Niro sungguh berkesan dan berjaya membawa watak Al Capone dengan baik dan menjadi sumber kekuatan filem ini.







92) Goin' South (1978)
Director: Jack Nicholson
Pelakun: Jack Nicholson
                 Christopher Lloyd
                 Mary Steenburgen
                 John Belushi
Genre: Comedy-Western

Komen:
Kelakar menonton filem arahan dan lakunan hebat Jack Nicholson ini.Kesah Moon (Nicholson) yang dihukum gantung kerana berbagai kesalahan tetapi sekiranya ada wanita yang sanggup menjadi suaminya dan berjanji agar mengubah perangai liarnya dia akan dibebaskan dan berkahwin dengan wanita tersebut.Hahaha..kelakar betul.Tapi bila dah dibebaskan lain pulak yang berlaku.







93) Ulzana's Raid (1972)
Director: Robert Aldrich
Pelakun: Burt Lancaster
                 Bruce Davison
                 Richard Jaeckel
                 Jorge Luke
Genre: Western

Komen:
Filem lakunan Burt Lancaster ini pernah diiktiraf sebagai salah  sebuah filem koboi terbaik 70an.Ia memaparkan pehak berkuasa Amerika  yang sering diancam oleh pehak Red Indian Apache dan sering menimbulkan kekacauan.Bermacam kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pehak berkuasa di dalam menangani isu Apache ini.Sesiapa yang suka filem western inilah filem yang boleh ditonton.









94) Breakfirst At Tiffany's (1961)
Director: Blake Edwards
Pelakun: Audrey Hepburn
                George Peppard
                Buddy Ebsen
                Patricia Neal
                Martin Balsam
Genre: Romantic Comedy

Komen:
Sesiapa yang minat nonton filem romantic komedi yang klasik eloklah nonton filem ini.Lakunan Audrey Hepburn yang terkenal dengan wajahnya yang jelita pasti memukau anda dengan suaranya yang lembut,senyuman manisnya dan aksi manjanya di samping actor George Peppard. Hepburn adalah ratu filem Hollywood yang tiada tolok bandingnya walaupun beliau sudah lama pergi.







95) Grease 2 (1982)
Director: Patricia Birch
Pelakun: Maxwell Caufiled
                 Michelle Pfeiffer
                 Adrian Zmed
                 Lorna Luft
                 Peter Frechette
Genre: Musical

Komen;
Ini adalah sequel filem Grease yang terdahulu tetapi tanpa John Travolta dan Olivia Newton-John.Mereka menolak untuk beraksi di dalam filem ini sebaliknya menampilkan Maxwell Caufiled dan Michelle Pfeiffer sebagai hero dan heroin utama.Menerusi filem ini nama Michelle Pfeiffer mula meletop tetapi nasib Maxwell Caufield adalah sebaliknya.Banyak lagu-lagu best dan cukup enjoy dengan lagu runutnya.Walaupun kurang berjaya tetapi ia tetap filem yang mantop!





96) Malcom X (1992)
Director: Spike Lee
Pelakun: Denzel Washington
                Angela Bassett
                Albert Hall
                Al Freeman,Jr
                Spike Lee
Genre: Biographical Drama

Komen:
Sebuah naskhah  menarik yang dihasilkan oleh Spike Lee.Denzel Washington melakunkan watak Malcom X dengan baik.Kisah benar aktivis kulit hitam yang telah memeluk agama islam dan menjalankan berbagai tugas sebagai seorang aktivis islam dan kisah silamnya sebelum beliau mendapat hidayahBerbagai rintangan yang dihadapi sepanjang bergelar insan muslim sehingga beliau menunaikan fardhu haji di Mekah.
Filem yang cukup menarik.







97) Message In A Bottle (1999)
Director: Luis Mandoki
Pelakun: Kevin Costner
                Robin Wright Penn
                Paul Newman
                John Savage
Genre: Romantic Drama

Komen:
Sebuah filem romantic drama yang mengharukan.Kesah penemuan sebuah botol yang mengandungi mesej lalu Theresa (Robin Wright)cuba menjejaki penulis mesej tersebut.Setelah menemui lelaki tersebut yang bernama Garret (Costner) Theresa jatuh cinta tetapi Garret yang pemalu seolah tak melayani hasrat Theresa kerana ia masih menyayangi bekas isterinya yang dah meninggal dunia.Filem ini diakhiri dengan 'sad ending' dan amat meruntun jiwa.Memang best!






98) Anger Management (2003)
Director: Peter Segal
Pelakun: Jack Nicholson
                Adam Sandler
                Marisa Tomei
                Luis Guzman
Genre: Slapstik Comedy

Komen:
Kalau anda dah bosan dengan filem-filem aksi yang memualkan elok jikalau anda beralih kepada filem comedy yang tak berserabut.Filem Anger Management ini sesuai untuk anda lebih elok kalau anda mempunyai sifat panas baran dan belajar macamana nak mengatasi masalah amarah anda itu.Jack Nicholson akan mengajar anda bagaimana untuk jadi insan yang baik tanpa sifat panas baran.
Sungguh lawak keh keh keh..





99) The Spiral Road (1962)
Director: Robert Mulligan
Pelakun: Rock Hudson
                Burt Ives
                Gena Rowlands
                Ibrahim Pendek (Msia)
Genre: Drama

Komen:
Inilah filem yang pernah dibintangi oleh Ibrahim Pendek (Allahyarham) yang ketika itu sedang meletup di Jalan Ampas (MFP) lalu diundang berlakun di Hollywood bersama Rock Hudson.
Aku pernah menonton filem ini di masa kanak-kanak dulu di tv.Watak Ibrahim Pendek ialah sebagai khadam kepada bossnya,Rock Hudson.Tetapi selepas filem ini Ibrahim terus pulang ke Malaya dan tidak mahu terus menetap di sana (Hollywood) walaupun ditawar gaji yang lebih besar.







100) Tommy Boy (1995)
Director: Peter Segal
Pelakun: Chris Farley
                David Spade
                Bo Derek
                Brian Dennehy
                Rob Lowe
Genre: Road Comedy

Komen:
Aku suka filem ni.Sebuah filem yang mencuit hati di mana Chris Farley yang terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan syarikat milik ayahnya setelah ayahnya mati dan dia tak punya apa-apa pengalaman untuk menguruskan syarikat kerana selalu dimanjakan oleh ayahnya.Dia dan sahabatnya terpaksa mengembara untuk mencari pelanggan untuk mengelakkan syarikatnya dibeli oleh saingannya.Memang banyak adegan lucu.






Sebenarnya terlalu banyak lagi filem-filem bagus untuk kita terokai bukan setakat menonton filem aksi sahaja yang bagi saya membosankan kecuali kalau hero-heronya bagus-bagus.Mungkin di lain episod aku perkenalkan beberapa filem Hollywood/non Hollywood yang elok kita tonton untuk bersantai sambil berhibur.Jumpa lagi dan spasibo!

-Len Jugrano
SKI..22.02.2014.