Friday 14 March 2014


                        SENIMAN DAN SENIWATI FILEM MELAYU(1)

Assalamualaikum.

Sebagai pengamat dan peminat filem melayu terutama filem-filem melayu klasik keluaran Malay Filem Production (MFP) milik Shaw Brothers Singapura,filem terbitan Cathay-Keris Singapura dan Merdeka Studio milik Shaw Brothers yang terletak di Hulu Klang.Selangor kita pasti meminati beberapa pelakun yang terlibat di dalam industri ini.Tetapi ramai di antara kita cuma mengenali segelintir sahaja wajah-wajah seniman-dan seniwati yang selalu muncul di skrin tv tetapi ramai yang tidak mengenali sebahagian dari mereka.Mereka sering menghiburkan kita tetapi kita tidak ambil tahu siapakan seniman dan seniwati tersebut melainkan beberapa nama yang masyhur seperti Tan Sri P Ramlee,Jins Shamsudin,Aziz Sattar.Nordin Ahmad,Sarimah,Normadiah dan beberapa nama lagi tetapi seniman dan seniwati yang sering memegang watak pembantu atau watak tambahan kita kurang mengenali.Ada juga ada diantara kita mempunyai sifat tidak ambil tahu dan setakat menonton sahaja.Melalui ruangan yang terhad ini saya cuba paparkan beberapa wajah actor dan actress filem melayu klasik yang kita kurang mengenali wajah-wajah mereka.






Allahyarham Tan Sri P Ramlee

Tan Sri P Ramlee telah membintangi banyak filem-filem terbitan MFP dan Merdeka Studio milik Shaw Brothers.

Antara filem-filem di MFP:

1 - Chinta ( filem pertama)
2- Nasib -S Roomai Nor
3- Nilam -S Roomai Nor
4-Rachun Dunia -bersama Kasma Booty
5-Bakti -bersama Kasma Booty
6- Takdir Ilahi - bersama Neng Yatimah
7-Aloha -Osman Gumanti
8-Penghidupan -bersama Maria Menado
9-Sejoli -bersama Kasma Booty
10- Juwita - bersama Kasma Booty
11- Antara Senyum Dan Tangis- di samping Rokiah
12- Anjoran Nasib - bersama Mariam
13- Patah Hati -bersama Neng Yatimah
14-Miskin - bersama Rosnani
15- Putus Harapan
16- Ibu -bersama Rosnani dan Neng Yatimah
17- Hujan Panas -di samping Siput Sarawak
18- Siapa Salah -bersama Normadiah
19- Panggilan Pulau -bersama Normadiah
20- Perjodohan
21- Merana - bersama Latifah Omar
22-Abu Hassan Penchuri -bersama Mariam
23-Penarik Becha (arahan pertama) 1955
24-Hang Tuah -bersama Saadiah/Zaiton
25- Semerah Padi -bersama Nordin Ahmad/Saadiah
26- Anakku Sazali -bersama Zaiton/Hashimah Yon
27-Pancha Delima -Jins Shamsudin (tidak berlakun)
28- Bujang Lapok -bersama Aziz Satar/S Shamsudin
29- Sumpah Orang Minyak -bersama Sri Dewi
30- Sargeant Hassan -bersama Saadiah
31-Pendekar Bujang Lapok -Aziz/Sudin/Rosyatimah
32- Musang Berjanggut -bersama Saadiah
33-Nujum Pak Belalang -bersama Hashimah Yon
34-Antara Dua Darjat -bersama Saadiah
35-Ali Baba Bujang Lapok
36- Seniman Bujang Lapok -Aziz/Sudin/Saloma
37-Ibu Mertuaku -bersama Sarimah/Zaiton
38- Labu Labi -bersama M Zain/Mariani
39-Nasib Labu Labi -bersama M Zain/Murni Sarawak/Mariani
40- Madu Tiga -bersama Sarimah/Zahara Agus/Jah Mahadi
41- Tiga Abdul -bersama Sarimah (filem terakhir di MFP Jalan Ampas)

Studio Merdeka (SM):

42-Si Tora Harimau Jadian (filem pertama di SM) -*filem ini telah hilang
43- Ragam P Ramlee -bersama Saloma/Kasma Booty
44- Masam-Masam Manis -bersama Sharifah Hanim/Mariani
45- Sabarudin Tukang Kasut
46- Do Re Mi -bersama AR Tompel/Ibrahim Din
47-Nasib Do Re Mi -AR Tompel/Ibrahim Din/Mahmud June
48 -Sesudah Subuh - bersama Vera Wee
49- Keluarga 69 -bersama Siput Sarawak
50- Anak Bapak -bersama Rosyatimah/Ruminah Sidek
51- Gerimis
52- Ahmad Albab -bersama Saloma
53- Kanchan Tirana -bersama Jins Shamsudin/Sarimah
54-Bukan Salah Ibu Mengandung- arahan Jins Shamsudin
55-Enam Jahanam -bersama Norazizah/Yusuf Latif
56-Di Belakang Tabir -arahan Jins Shamsudin
57-Dr Rushdi -bersama Sofea Ibrahim/Sarimah
58- Gelora
59- Putus Sudah Kaseh Sayang -bersama Mariani/Latifah Omar
60- Jangan Tinggal Daku -bersama Norazizah/Saloma
61- Lasamana Do Re Mi -bersama AR Tompel/Ibrahim Din/Dayang Sulu
      *filem terakhir Allahyarham Tan Sri P Ramlee -1972.

P Ramlee juga pernah muncul di dalam filem Dajal Suchi (SM) dan Melanchung Ke Tokyo (MFP) sebagai pelakun jemputan.Allahyarham tidak pernah berlakun di studio Cathay-Keris.Meninggal dunia pada 1973/Al-Fatihah.

P Ramlee sebagai Sazali di dalam filem Anakku Sazali



Nordin Ahmad

Memulakan karier lakunan di MFP sebagai pelakun tambahan tetapi gagal sebagai hero dan pernah diangkat sebagai 'hero bersama' dengan P Ramlee menerusi filem Semerah Padi dan Anakku Sazali.Setelah Cathay -Keris dibuka beliau telah berpindah ke sana dan diangkat sebagai hero/watak utama di dalam beberapa filem.Beliau juga lagenda kedua filem melayu selepas P Ramlee.
     Nordin Ahmad berasal dari Pulau Pinang.Ketika ditemuduga di MFP sebagai pelakun beliau telah gagal dan hanya memegang watak-watak kecil atau watak tambahan dan kadang-kadang memegang watak penjahat.Haji Mahadi pernah mengambil Nordin menjadi hero filem pertama arahannya berjodol Permata Di Perlimbahan di samping Maria Menado tetapi sambutan filem itu tidak menggalakkan.Beliau kononnya dikatakan penyebab utama filem tersebut kecundang kerana wajahnya yang tidak sesuai memegang watak utama tambahan pula skrip filem tersebut amat teruk.Nordin digambarkan sebagai seorang hero yang lembik dan takut pada isteri.Pengarahan yang lemah adalah sebab utama filem tersebut gagal menambat hati penonton dan tugas Hj Mahadi sebagai pengarah juga berakhir.
  Nordin pernah meluahkan rasa kecewanya kepada P Ramlee dan berhajat ingin pulang ke kampungnya di Pulau Pinang tetapi P Ramlee memujuknya agar bersabar.Selepas berbincang dengan pihak pengurusan MFP akhirnya Nordin Ahmad diberi peluang kedua untuk memegang watak besar dan P Ramlee menawarkan watak utama di samping P Ramlee sendiri di dalam filem Semerah Padi dan Anakku Sazali dan kedua-dua filem tersebut berjaya dan nama Nordin Ahmad dihormati semula dan beberapa lama kemudian beliau berhijrah ke Cathay-Keris yang ketika itu baru ditubuhkan.Di sana Nordin mendapat banyak peluang berlakun dan filem-filem beliau mendapat sambutan hangat dan berpasangan dengan seniwati terkenal seperti Maria Menado,Latifah Omar,Fatimah Ahmad,Rosnani dan Rosyatimah..Beliau juga pernah mengarah filem tetapi kurang menyerlah.Antara filem arahannya ialah Panglima Besi dan Playboy.Nordin Ahmad meninggal dunia pada tahun 1971 akibat demam kuning. Beliau juga adalah lagenda filem melayu yang tidak kurang hebatnya selepas P Ramlee.Al Fatihah.

Antara filem-filem Nordin Ahmad di MFP:

1-Juwita -filem pertama Nordin Ahmad (1951)
2- Aladin
3-Jiwa Lara
4- Permata Di Perlimbahan (watak utama) -bersama Maria Menado
5-Putus Harapan
6-Ibu
7- Arjuna
8- Gelora Hidup
9- Panggilan Pulau -di samping P Ramlee/Normadiah
10- Kipas Hikmat
11- Abu Hassan Penchuri
12- Hang Tuah
13- Semerah Padi -bersama P Ramlee/Saadiah
14- Anakku Sazali - bersama P Ramlee/Zaiton/Rosnani (filem terakhir di MFP)

Antara filem-filem di Cathay-Keris:

15- Serangan Orang Minyak
16- Orang Minyak
17- Gado-Gado
18- Raden Mas
19- Sultan Mahmud Mangkat Di Julang- bersama Maria Menado
20- Hang Jebat -bersama Latifah Omar (filem terbaik Nordin Ahmad)
21- Sri Mersing -bersama Rosnani/Mustafa Maarof
22- Yatim Mustafa
23- Siti Zubaidah
24- Dang Anum -bersama Fatimah Ahmad
25- Tun Fatimah -bersama Maria Menado
26- Jula Juli Bintang Tujuh
27- Lanchang Kuning -bersama Latifah Omar
28- Laila Majnun -bersama Latifah Omar/Wahid Satay
29- Cucu Datok Merah
30- Gul Bakawali
31- Tajul Asyikin - bersama Rosyatimah
32- Ayer Mata Duyung
33- Panglima Besi -bersama M Wari (filem pertama arahan Nordin Ahmad)
34- Wan Perkasa -filem arahan Nordin Ahmad
35- Mahsuri
36- Gurindam Jiwa -bersama Latifah Omar
37- Playboy -filem arahan Nordin Ahamd
38- Nafsu Belia - arahan Nordin Ahmad
39- Nur Islam
40 - Jahanam -bersama Saadiah/Aziz Singah (filem terakhir)





Zaiton

Seniwati Zaiton mencipta nama di MFP di Jalan Ampas
menerusi filem pertamanya Kipas Hikmat dan memegang watak kecil dalam filem Abu Hassan Penchuri.Beliau pernah berganding dengan P Ramlee di dalam banyak filem seperti Hang Tuah,Ibu Mertuaku,Anakku Sazali dan Ali Baba Bujang Lapok.Ironinya beliau terpaksa berkongsi hero dengan heroin lain.Dalam filem Ibu Mertuaku Zaiton hanya seketika bersama P Ramlee memegang watak Chombi kerana heroin utama adalah Sarimah.Di dalam Hang Tuah beliau menjadi Tun Tijah dan hanya beberapa adegan sahaja kerana di dalam filem itu adanya Saadiah dan menerusi filem Anakku Sazali beliau menjadi kekasih dan isteri P Ramlee tetapi seketika kerana wataknya meninggal dunia dan P Ramlee seterusnya berpasangan pula dengan Hashimah Yon.Di dalam Ali Baba Bujang Lapok beliau hanya terlibat dalam babak di dalam bar bersama ketua penyamun (P Ramlee) yang sedang bersuka ria.

Antara filem-filem lakunan beliau di MFP:

1- Kipas Hikmat
2- Abu Hassan Penchuri
3- Hang Tuah -bersama P Ramlee
4- Anakku Sazali - bersama P Ramlee
5- Bujang Lapok -bersama S Shamsudin
6- Taufan -bersama Ahmad Mahmud
7- Doktor -bersama Aziz Jaafar
8- Batu Belah Batu Bertangkup
9- Lela Manja
10- Puteri Sangkar Maut
11- Ali Baba Bujang Lapok -bersama P Ramlee
12- Seniman Bujang Lapok
13- Ibu Mertuaku -bersama P Ramlee
14- Gerhana -bersama Ahmad Mahmud
15- Budi Dan Dosa
16- Siapa Besar -bersama Ahmad Daud
17- Aksi Kuching -bersama Ahmad Daud/Aziz Sattar
18- Kacha Permata
19- Si Tanggang -bersama Jins Shamsudin

Sepanjang yang saya tahu Zaiton tidak pernah berlakun di Cathay-Keris dan Merdeka Studio.Selepas MFP ditutup Zaiton terus bersara di dalam bidang lakunan.


 





Rosnani

Rosnani adalah seniwati yang jelita dan banyak berganding dengan seniman-seniman handalan di MFP dan Cathay-Keris seperti P Ramlee,Ahmad Mahmud,Nordin Ahmad,Jins Shamsudin dll.Beliau juga pernah berlakun di Studio Merdeka.Beliau juga turut berlakun di dalam filem-filem mutakhir terbitan 80/90an dan pernah duduk di kerusi pengarah.Beliau berkahwin dengan Jamil Sulong yang juga bekas pelakun di MFP dan juga pengarah yang hebat.

Antara filem lakunan Rosnani di MFP:

1- Sedarah -bersama P Ramlee
2-Miskin -bersama P Ramlee
3- Ibu -bersama P Ramlee
4- Air Mata -bersama Ahmad Mahmud
5- Gelora Hidup -bersama Yusuf Latif
6- Ribut -bersama Hj Mahadi
7- Adekku -bersama Ahmad Mahmud
8- Anakku Sazali -bersama Nordin Ahmad
9- Raja Laksamana Bentan
10- Lubalang Daik
11- Kasih Tanpa Sayang
12- Nasib Labu Labi -juri jemputan
13- Lupa Daratan -bersama Omar Rojik (filem pertama) 1952
14- Masyarakat Pinchang -bersama Tony Castelo
15- Lela Manja
16- Kasih Menumpang -bersama S Roomai Noor

Cathay-Keris

1-- Sri Mersing -bersama Nordin Ahmad
2- Yatim Mustafa -bersama Abdullah Chik
3- Playboy
4- Hang Jebat

Merdeka Studio

Lain Jalan Ke Shurga (1967)







Sarimah

Filem pertama Sarimah ialah Ali Baba Bujang Lapok (1961) sebagai Marjina.Selepas filem itu beliau terus berlakun memegang watak utama wanita (heroin) dan bergandingan dengan P Ramlee,Jins Shamsudin,Aziz Jaafar,M Zain dan Ahmad Mahmud.Sarimah juga turut berlakun di Studio Merdeka dan terus berlakun walaupun beberapa studio utama telah tutup.Di tahun-tahun 70an beliau banyak berlakun di beberapa syarikat filem persendirian yang cukup aktif menghasilkan filem-filem melayu hinggalah ke hari ini.
  Sarimah juga pernah bergelar pengarah dan telah mengarahkan beberapa filem di tahun-tahun 80an.

Filem Sarimah di MFP..antaranya..

1- Ali Baba Bujang Lapok (filem pertama)
2-Indera Bangsawan
3-Si Tanggang -bersama Jins Shamsudin
4-Ibu Mertuaku -di samping P Ramlee dan Ahmad Mahmud
5-Batu Derhaka -di samping Jins Shamsudin dan Aziz Jaafar
6-Labu-Labi-guest artis
7-Norlela- di samping Aziz Jaafar
8-Madu Tiga- di samping P Ramlee
9-Tiga Abdul- di samping P Ramlee
10- Darah Muda - di samping Jins Shamsudin
Sarimah dalam filem Si Tanggang.
11- Pilih Menantu- di samping M Zain
12-Bidasari- di samping Jins Shamsudin
13- Dayang Senandung
14- Gerak Kilat  di samping Jins Shamsudin
15- Sayang Si Buta - di samping Aziz Jaafar
16- Seri Andalas

Studio Merdeka:

Kanchan Tirana -bersama P Ramlee dan Jins Shamsudin
Bukan Salah Ibu Mengandung- di samping Jins Shamsudin
Dr Rushdi - di samping P Ramlee
Tuah Badan - di samping Ed Osmera
Satria -di samping Ed Osmera dan Husian Abu Hassan
Angkara -di samping Ed Osmera
Miang-Miang Keladi ..dan banyak lagi.





Jins Shamsudin

Jins Shamsudin diperkenalkan oleh Tan Sri P Ramlee menerusi filem Anakku Sazali dengan memegang watak kecil sebagai pengenalan.Selepas itu beliau terus mencipta nama di MFP sebagai pelakun utama di dalam banyak filem.Beliau boleh melakunkan berbagai watak seperti penjahat ataupun seorang hero.Jins juga berbakat sebagai pengarah dan membuktikan hasilnya menerusi filem pertama arahannya berjodol Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) terbitan Studio Merdeka.Mulai saat itu beliau lebih dikenali sebagai seorang pelakun dan pengarah yang berkaliber dan pernah mempunyai syarikat filemnya sendiri dan menerbitkan filem-filem hebat dan berkualiti di tahun 70/80an.

Antara filem lakunan beliau di MFP Jalan Ampas:
Jins Shamsudin diperkenalkan di dalam filem Anakku Sazali
1- Pancha Delima -arahan P Ramlee
2-Kasih Sayang
3-Azimat
4- Sargeant Hassan -bersama P Ramlee
5-Matahari - bersama Maria Menado
6-Dandan Setia - bersama Aziz Jaafar
7-Lela Manja -di samping Zaiton
8-Megat Terawis -bersama Ahmad Mahmud
9-Indera Bangsawan
10-Lubalang Daik
11-Neraca
12-Budi dan Dosa
13- Bidasari- bersama Sarimah
14-Si Tanggang - bersama Sarimah
15- Kacha Permata
16- Gerak Kilat -bersama Sarimah (Shaw Bro HK)-Jefri Zain
17- Bayangan Ajal -Shaw Bro HK -Jefri Zain
18- Jurang Bahaya -Shaw Bro HK - Jefri Zain
      dan banyak lagi......

Studio Merdeka:

Kanchan Tirana -bersama P Ramlee dan Sarimah
Bukan Salah Ibu Mengandung -filem pertama arahan Jins Shamsudin/bersama Sarimah
Di Balik Tabir -arahan Jins Shamsudin/Bersama P Ramlee dan Norazizah
Miang-Miang Keladi - bersama Sarimah






Hashimah Yon


Hashimah Yon di samping P Ramlee dalam filem Anakku Sazali
Hashimah Yon adalah di antara seniwati yang kerap memegang watak utama wanita selain Saadiah dan Sarimah.Beliau adalah anak kepada seniwati Habsah yang juga pelakun MFP yang selalu memegang watak ibu atau permaisuri raja.Hashimah Yon banyak mendapat tunjuk ajar asas lakunan dari P Ramlee.Beliau pernah belakun di samping P Ramlee di dalam filem Anakku Sazali dan Nujum Pak Belalang dan turut berlakun di dalam filem Seniman Bujang Lapok sebagai pelakun MFP yang sedang shooting bersama S Kadarisman.

Antara filem Hashimah Yon di MFP:

1-Pancha Delima -di samping Jins Shamsudin
2- Kaseh Sayang
3- Hantu Jerangkung
4-Gergasi
5-Hantu Kubur - di samping Aziz Jaafar
6-Puteri Gunung Banang
7-Nujum Pak Belalang - di samping P Ramlee
8-Anakku Sazali -di samping P Ramlee
9-Megat Terawis
10- Kaseh Tanpa Sayang
11- Seniman Bujang Lapok


 



Saadiah

Saadiah adalah primadona filem melayu yang tersohor dan banyak membintangi filem-filem berskala besar dan berganding dengan ramai seniman hebat seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee,Aziz Jaafar,Ahmad Mahmud dan lain-lain.Beliau adalah adik kepada seniwati Mariam yang terlebih dahulu dikenali dan ketika itu Saadiah hanya memegang watak kecil sambil menimba pengalaman.Akhirnya beliau telah diangkat menjadi seniwati utama untuk beberapa filem melayu terutama di MFP.Selepas MFP di Jalan Ampas ditutup beliau pernah berlakun di Cathay-Keris di samping Nordin Ahmad.Saadiah tidak aktif berlakun selepas Cathay-Keris ditutup pada awal 70an dan akhirnya muncul di sebuah filem warna terbitan Studio Merdeka di Kuala Lumpur di dalam filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975 di samping Uji Rashid dan Norzie Nani.

Antara filem di MFP:

1- Anjoran Nasib
2- Yatim Piatu
3- Istana Impian
4- Iman -bersama Ahmad Mahmud
5-Kechewa
6- Insan
7- Penarik Becha - bersama P Ramlee
8- Hang Tuah -bersama P Ramlee
9- Ribut - bersama Ahmad Mahmud
10- Semerah Padi -bersama P Ramlee/Nordin Ahmad
11- Kaseh Sayang
12- Kembali Seorang - bersama Ahmad Mahmud
13- Sargeant Hassan -bersama P Ramlee
14-Dandan Setia
15- Antara Dua Darjat - bersama P Ramlee
16- Isi Neraka -bersama Ahmad Mahmud
17- Indera Bangsawan
18- Panji Semerang -bersama Aziz Jaafar
19- Mas Merah -bersama Ahmad Mahmud
20- Siti Muslihat - bersama Ahmad Mahmud
21- Melanchung Ke Tokyo
22- Mambang Moden- bersama Aziz Jaafar
23- Lampong Karam
24- Nora Zain,Agen Wanita - bersama Aziz Jaafar
25- Musang Berjanggut- bersama P Ramlee
26- Putra Sangkar Maut

Cathay-Keris:
27 - Jahanam -bersama Nordin Ahmad (1971)

Nusantara Film Corp.
28- Ibulah Shurga -bersama Aziz Jaafar/arahan: S Sudarmadji

Saadiah juga pernah menjadi pengarah filem dan filem arahannya berjodol Ceritaku Ceritamu terbitan Anang Enterprise pada 1980 dan dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud yang juga merupakan anak beliau.






Ibrahim Pendek

Memulakan kerjaya senilakunnya menerusi filem Panggilan Pulau yang dibintangi P Ramlee.Selepas itu beliau terus muncul di dalam filem-filem keluaran MFP sebagai pelakun pembantu.Oleh kerana tubuhnya yang kerdil beliau sering dianggap sebagai pelawak dan terus dikenali sebagai pelakun dan juga pelawak.Beliau tidak pernah memegang watak utama atau sebagai hero tetapi sering diberi peranan sebagai pelakun pembantu yang tidak kurang pentingnya dan berjaya membantu melariskan filem-filem yang dibintanginya.Beliau juga pernah berlakun di Hollywood bersama Rock Hudson di dalam filem The Spiral Road (1962) tetapi menolak untuk terus menetap di sana.Beliau kembali semula ke tanahair dan terus berlakun di MFP dan seterusnya di Cathay-Kris (sekadar satu atau dua filem sahaja) setelah MFP ditutup.Ibrahim Pendek tidak pernah berlakun di Studio Merdeka (sekiranya ada sila beritahu...).Selepas Cathay-Keris ditutup pada 1971 beliau menyepikan diri dan membuat kemunculan semula di dalam filem Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar terbitan Sabah Filem pada tahun 1975.Seterusnya beliau terus muncul di dalam banyak filem di tahun 70/80/90an dan kebanyakannya filem berunsur komidi.Pada tahun 2003 Ibrahim Pendek meninggal dunia. Al Fatihah.

Antara filem Ibrahim Pendek di MFP:


1- Panggilan Pulau
2- Kechewa
3- Penarik Becha
4- Menyerah
5- Anakku Sazali
6- Kembali Seorang
7- Taufan
8- Pendekar Bujang Lapok
9- Ali Baba Bujang Lapok
10- Saudagar Minyak Urat
11- Indera Bangsawan
12- Panji Semerang
13- Siti Muslihat
14- Kaseh Tanpa Sayang
15- Nasib Labu Labi
16- Pilih Menantu
17- Siapa Besar
18- Mambang Moden
19- Seri Andalas

Hollywood

The Spiral Road (1962)- watak tambahan di dalam filem yang dibintangi oleh Rock Hudson.

Mari kita lihat sapa yang kenaaaaa.......





AR Tompel (Aman Ramli)

Beliau merupakan seorang assistant director kepada beberapa pengarah yang diimport dari India ketika di MFP di era awal 50an.Di samping itu beliau juga turut berlakun walaupun hanya memegang watak tambahan atau pembantu.Beliau sering berlakun di samping S Roomai Nor,P Ramlee,Osman Gumanti yang ketika itu sering berperanan utama.Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam bidang lakunan tetapi semuanya tidak kesampaian.Memegang jawatan sebagai assistant director belum menjamin peluangnya untuk duduk di kerusi pengarah kerana belum ada pengarah di kalangan orang melayu dan pihak atasan syarikat tidak yakin dengan kebolehan anak melayu untuk mengarah filem.Beliau juga dinafikan memegang watak hero kerana paras rupa yang tidak tampan dan hanya sekadar mencuit hati penonton dengan beberapa aksi lucu di dalam filem-filem lakunannya tetapi itu tidak mencukupi.
  Hasrat AR Tompel yang ingin mengejar cita-cita tingginya di dunia filem membuatkan beliau berpindah ke sebuah syarikat filem baru yang baru saja ditubuhkan ketika itu.Nusantara Film Corp. yang baru dibuka memerlukan beberapa tenaga kerja yang berpengalaman dan itu merupakan peluang untuk Tompel mencuba nasib dengan beberapa pengalamannya menjadi pembantu pengarah, berlakun dan berlawak.Di sanalah beliau bertemu dengan Saloma yang ingin mencuba nasib menjadi pelakun dan akhirnya beliau berkahwin dengan Saloma.Tompel juga buat pertama kali telah bertemu dengan Norma seorang pendatang baru di dunia filem.Kemudian beliau merasakan nama Norma seakan tidak sesuai untuk pelakun itu lalu menambah nama Norma kepada Normadiah,seorang seniwati tersohor di MFP selepas berpindah ke sana.
   AR Tompel akhirnya diberi peluang untuk mengarah kerana pengalaman luasnya di dalam dunia pengarahan ketika di MFP.Tetapi malangnya filem keluaran Nusantara Film tidaklah sehebat seperti filem keluaran MFP kerana beberapa factor.Ramai pelakun-pelakun  meninggalkan syarikat ini kerana berasakan filem-filem keluarannya tidak bermutu dengan kelengkapan yang serba kekurangan dan bajet yang tidak mencukupi.Walaubagaimanapun nama AR Tompel pernah diangkat sebagai pengarah filem melayu yang pertama di dalam sejarah perfileman melayu tetapi malangnya beberapa filem keluaran Nusantara Film Corp. tidak dapat ditonton oleh generasi selepas itu kerana banyak filem-filem mereka telah musnah disebabkan masalah-masalah teknikal.Jadi filem pertama AR Tompel tidak dapat dibuktikan kesahihannya.Haji Mahadi yang juga pernah menjadi penolong pengarah di MFP selepas ketiadaan AR Tompel yang telah berhijrah akhirnya telah diangkat menjadi pengarah melayu yang pertama dengan filem arahan sulungnya berjudul Permata Di Perlimbahan.Malang menimpa Haji Mahadi bila filem sulungnya gagal mendapat sambutan dan haknya sebagai pengarah telah dinafikan oleh pihak atasan MFP.Haji Mahadi  telah dinobatkan sebagai pengarah filem melayu yang pertama dan kita masih boleh menonton filem tersebut pada hari ini dan masih ditayangkan di televisyen secara berkala.
   Kita tentu tertanya-tanya di manakah AR Tompel ketika filem melayu keluaran MFP dan Cathay-Keris sedang meletup-letup di pawagam (ketika itu) dan televisyen pada hari ini.Ketika P Ramlee dan rakan seangkatannya sedang mengecap glamour tetapi wajah AR Tompel langsung tidak kelihatan ketika era kemasyhuran filem-filem melayu.Penonton di masa kini yang sering menonton filem-filem klasik hitam putih seperti filem-filem P Ramlee terbitan MFP tentu tertanya-tanya di manakah AR Tompel.Untuk makluman anda ketika itu AR Tompel berada di Nusantara Film Corp tetapi generasi hari ini tidak dapat menonton filem-filem tersebut kerana kebanyakan filem keluaran syarikat tersebut telah musnah.Mereka tidak mempunyai peralatan canggih dan fasiliti untuk melindungi filem-filem mereka untuk bertahan lama.Sedangkan filem-filem MFP milik Shaw Brothers mempunyai kemudahan tersebut maka sebab itulah kita masih dapat menonton filem-filem P Ramlee dan rakan-rakannya hingga ke hari ini.
   Pada tahun 1960 Studio Merdeka di Hulu Klang ,Selangor telah dibuka sempena dengan kemerdekaan Tanah Melayu.AR Tompel yang telah kecewa dengan kegagalan Nusantara Film Corp. telah berhijrah dan mencuba nasib di sana.Berbekalkan pengalaman luas di MFP dan Nusantara Film membuatkan studio baru itu tidak teragak-agak untuk menerima beliau dan tahun berikutnya beliau diberi mandat untuk mengarah filem Abu Nawas.Itulah merupakan projek terawal Studio Merdeka untuk menghasilkan filem tetapi malangnya sambutan filem tersebut tidak memuaskan.Nasib AR Tompel seolah terumbang ambing dengan kegagalan beberapa filem terawal keluaran Studio Merdeka yang ketika itu kekurangan peralatan perfileman dan pelakun-pelakun baru yang tidak berpengalaman.Lagipun filem-filem mereka sering dibayangi oleh filem-filem MFP yang sedang meniti zaman kemayhuran dan juga filem-filem Cathay-Keris yang sedang meletop di pawagam.
     Beberapa tahun kemudian Shaw Brothes yang berpengkalan di Singapura telah membeli studio ini dari pemiliknya yang asal.Tidak lama selepas itu  (1964) P Ramlee yang mengalami masalah di MFP telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan meneruskan kerjaya lakunannya di Studio Merdeka yang serba kekurangan dan mengarahkan filem pertamanya Si Tora Harimau Jadian.Walaupun filem ini kurang mendapat sambutan tetapi P Ramlee tidak berputus asa dan mengarahkan filem Masam-Masam Manis dan mendapat sambutan yang hangat.Akhirnya AR Tompel telah bertemu dengan sahabat lamanya di MFP lalu P Ramlee mengajaknya bergabung.Mulai saat itulah AR Tompel mula kembali ke layar putih setelah sekian lama mengarah atau berlakun di filem-filem yang tidak berkualiti di Nusantara Film.Dengan rasa rendah dirinya AR Tompel bersama-sama P Ramlee yang dulu pernah di arahkan ketika duduk di kerusi assistant director di MFP ketika P Ramlee sedang bertatih dan mencari peluang di Jalan Ampas di awal 50an dulu.Setelah sekian lama mereka tidak berkerjasama akhirnya terciptalah watak Do Re Mi sebagai 'sequel' kepada filem-filem Bujang Lapok.Selepas kejayaan Do Re Mi mereka terus bersama untuk filem-filem komidi yang lain seperti Anak Bapak,Nasib Do Re Mi,Ahmad Albab dan filem terakhir mereka bersama iaitu Laksamana Do Re Mi yang juga merupakan filem terakhir P Ramlee.AR Tompel meninggal dunia pada Januari 1973 kerana kemalangan jalanraya.
AR Tompel (1918-1973)


Beliau pernah berkahwin dengan Saloma dan mempunyai seorang anak bernama Armali tetapi telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.Tiga orang anaknya yang lain AR Badul,Amran Tompel dan Adlin Aman Ramly masih terus berkarya di alam seni hingga ke hari ini.Cuma kerjaya AR Badul lebih menonjol dan pernah menjadi pengarah beberapa filem komidi dan sebagai pelawak dan juga pelakun komidi yang disegani hingga ke hari ini.

Nama sebenar AR Tompel ialah Aman Ramli b Jaafar dan berasal dari Tanjung Balai Indonesia.

Filem-filem beliau di MFP:

1-Dewi Murni (1950)
2-Rachun Dunia (1950)
3-Takdir Ilahi (1950)

4- Aloha (1950)
5- Berdosa (1951)
6- Bapa Saya (1951)

Filem-filem di Studio Merdeka:

1-Abu Nawas (pengarah) -1961
2-Do Re Mi (1966)
3- Nasib Do Re Mi (1966)
4- Keluarga 69 (1967)
5- Gerimis (1968)
6- Anak Bapak (1968)
7-Ahmad Albab (1968)
8- Laksamana Do Re Mi (1972)

Tiada maklumat mengenai filem-filem arahan atau lakunan AR Tompel ketika di bawah bumbung Nusantara Film Corp. di Singapura dahulu.Bolehlah dianggap kesemua filem keluaran Nusantara Film telah musnah dan lenyap (lost films).

******************************************************************************

Antara filem keluaran Nusantara Film Corp. (50an) di Singapura:

1- Pelangi -lakunan Saloma
2- Perkahwinan Rahsia
3- Norma
4- Chinta Murni
5- Sehati Serasa
6- Sesal Tak Sudah
7- Mencari Jodoh
8- Budi Mulia
9- Seniati(seniwati) -lakunan Normadiah Arahan: AR Tompel
10- Panchar Putih
11- Dian
12- Di antara Dua Insan
13- Ibulah Syurga
14- Angin Berpesan

**************************************************************************

Allahyarham Mahmud June juga dikhabarkan pernah berlakun di Nusantara Film Corp. dan kembali semula ke Kedah setelah syarikat filem ini ditutup.Kemudian beliau ditawarkan untuk berlakun di Cathay-Keris dan menjadi seniman yang disegani hingga ke hari ini.Dikhabarkan juga pemilik sebenar Nusantara Film Corp. adalah pemilik Cathay-Keris.Setelah syarikat itu ditutup pemilik tersebut telah mencuba sekali lagi dengan membuka syarikat yang baru bernama Keris Film kemudian bergabung dengan syarikat Cathay,sebuah organisasi yang besar yang mempunyai beberapa rangkaian pawagam di seluruh Malaya dan Singapura.Tanpa Cathay berkemungkinan Keris Filem pun mungkin mengalami nasib yang sama dengan Nusantara Film.Di Cathay-Keris lahirlah ramai seniman dan seniwati handalan yang kebanyakannya pernah menimba pengalaman di Malay Film Production (MFP).Beberapa nama besar telah lahir di Cathay-Keris seperti Nordin Ahmad,S Roomai Nor,Rosyatimah.Latifah Omar,Wahid Satay.Mat Sentol.Mahmud June,Malek Selamat dan lain-lain.Filem-filem Cathay-Keris pun standing dengan filem-filem MFP milik Shaw Brothers dan boleh ditonton hinggalah ke hari ini.


*******************************************************************************


Normadiah

Nama sebenar Normadiah ialah Edith Sumampouw dan berasal dari Menado,Sulawesi Utara,Indonesia.Setelah memelok agama islam beliau menukar nama kepada Norma binti Abdullah,Selepas bertemu dengan AR Tompel di Nusantara Film Corp. namanya disambung menjadi Normadiah supaya lebih dekat di hati penonton.Setelah menimba pengalaman di sana Normadiah berhijrah ke Malay Film Production di Jalan Ampas (MFP).Di MFP beliau banyak mendapat peluang berlakun di dalam filem-filem yang hebat dan berpasangan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee di dalam berbagai filem seperti Siapa Salah,Bujang Lapok,Ali Baba Bujang Lapok dan turut berpeluang berlakun bersama seniman-seniman terkenal yang lain seperti Ahmad Mahmud,Aziz Jaafar (suami) dan Aziz Sattar ( Aksi Kuching & Siapa Besar),Normadiah boleh memegang watak jahat,ibu tiri yang garang (Lela Manja),komidi dan berbagai karekter yang lain.Beliau juga penyanyi latar untuk filem-filem MFP dan juga jurutari untuk filem-filem.Di tahun 70an beliau banyak terlibat di dalam drama komidi televisyen dan pernah bergelar Aloyah,watak komidinya yang terkenal ketika itu.Beliau juga banyak berlakun di dalam filem-filem di tahun 70an dan 80an dan hampit semuanya filem berunsur komidi.Normadiah meninggal dunia pada tahun 2000.Al Fatihah.

Antara filem lakunan Normadiah di MFP:

1- Sangsara
2- Siapa Salah -bersama P Ramlee
3- Panggilan Pulau -bersama P Ramlee
(1932-2000)
4- Empat Isteri
5- Roh Membela
6- Semerah Padi
7- Putera Bertopeng
8- Perjodohan
9- Bujang Lapok -bersama P Ramlee
10- Ali Baba Bujang Lapok -bersama S Shamsudin
11- Kaki Kuda- bersama Aziz Sattar
12- Saudagar Minyak Urat
13- Raja Laksamana Bentan
14- Dandan Setia
15-Seniati (Seniwati) -Nusantara Film Corp. (awal 50an)
16-Lela Manja
17- Megat Terawis
18- Si Tanggang
19- Lubalang Daik
20- Kaseh Tanpa Sayang
21- Siapa Besar -bersama Aziz Sattar
22- Mambang Moden
23- Anak Buluh Betung
24- Aksi Kuching -bersama Aziz Sattar
25- Sri Andalas
26- Raja Bersiong
27- Mat Karung Guni -Cathay-Keris -bersama Mat Sentol



1927-2008
Ahmad Mahmud

Seniman Datuk Ahmad Mahmud adalah anak kelahiran Negeri Sembilan dan telah mengecapi hidup sebagai bintang filem melayu yang berjaya selepas P Ramlee.Beliau banyak memegang watak sebagai hero atau watak utama dan berganding bersama ramai seniwati ternama seperti Rosnani,Zaitun,Latifah Omar,Sarimah,Saadiah dan lain-lain.Beliau juga pernah memegang watak pembantu dan pernah berganding dengan P Ramlee di dalam filem Ibu Mertuaku dan Hang Tuah.Di tahun 80an seniman Ahmad Mahmud pernah mengarah beberapa filem seperti Mama Oh Mama,Mei 13.Komplot dan Dendam Dari Pusara.Beliau meninggal dunia pada tahun 2008.


Filem-filem lakunan Datuk Ahmad Mahmud di MFP:

1- Istana Impian (1953) -filem pertama di MFP
2- Ayer Mata -bersama Rosnani

AHMAD MAHMUD BERSAMA SAADIAH
DALAM FILEM RIBUT (1956)
3- Mangsa
4- Arjuna -bersama Rokiah
5- Iman -bersama Hj Mahadi/Saadiah
6- Insan -bersama Siput Sarawak/Latifah Omar
7- Hang Tuah -bersama P Ramlee
8- Ribut -bersama Saadiah
9- Adekku -bersama Saloma/Rosnani
10- Putera Bertopeng -bersama Latifah Omar
11- Mogok
12- Kembali Seorang
13- Taufan -bersama Zaiton
14- Azimat -bersama Pancho Magalona
15- Matahari -bersama Maria Menado
16- Puteri Gunung Banang -bersama Hashimah Yon
17- Raja Laksamana Bentan
18- Lela Manja
19- Megat Terawis
20- Isi Neraka -bersama Saadiah
21- Seniman Bujang Lapok
22- Mas Merah -bersama Saadiah
23- Ibu Mertuaku -bersama P Ramlee/Sarimah
24- Siti Muslihat -bersama Saadiah
25- Gerhana -bersama Zaiton
26- Kaseh Tanpa Sayang
27- Nasib Labu Labi -sebagai juri jemputan
28- Dupa Chendana -bersama Aziz Jaafar/Mariani
29- Dayang Senandung -bersama Sarimah
30- Seri Andalas
31- Anak Buluh Betung
32- Lampong Karam -bersama Saadiah
33- Raja Bersiung














Mahmud June

Allahyarham Datuk Mahmud June berasal dari Kedah dan memulakan karier lakunannya di pentas bangsawan.Di Singapura beliau pernah mencuba nasib sebagai pelakun di Nusantara Film Corp. tetapi kembali semula ke Kedah untuk berniaga nasi lemak.Kemudian pemilik Cathay-Keris berjaya menjejaki beliau di kampungnya dan memujuknya untuk kembali berlakun di syarikatnya di Singapura.Setelah bersetuju beliau diberi wang dan tiket keretapi ke Singapura .Pemilik Cathay-Keris berminat membawa Mahmud June ke Cathay-Keris setelah menonton lakunannya di sebuah filem terbitan Nusantara Film Corp.Di Cathay-Keris beliau sering diberi watak antagonis dan berjaya membawa watak zalim dan bengis dengan begitu berkesan hingga menimbulkan kebencian di hati penonton ketika itu.Filem pertama Mahmud June di CK ialah Orang Lichin (1958).
         Setelah Studio Merdeka dibuka di Hulu Klang,Selangor beliau berhijrah dengan membawa pengalaman yang bukan sedikit.Beliau bertemu dengan P Ramlee yang ketika itu baru saja berpindah dari MFP.P Ramlee menawarkan peluang lakunan kepada Mahmud June menerusi filem pertama arahannya di Studio Merdeka berjodol Si Tora Harimau Jadian.Beberapa filem yang lain P Ramlee telah mengubah karekter Mahmud June sebagai pelawak hinggalah filem-filem beliau seterusnya di tahun 70/80an.Dari seorang pelakun berwatak bengis dan jahat beliau berubah menjadi pelakun komidi.Di Singapura Mahmud June tidak dapat berlakun bersama P Ramlee kerana mereka berlainan syarikat filem tetapi setelah berhijrah ke Kuala Lumpur gandingan mereka berdua cukup secocok dengan melakunkan watak-watak kelakar terutamanya watak sebagai bapa atau datuk.

Antara filem-filem Allahyarham Mahmud June di Cathay-Keris:

1- Orang Lichin (1958)
2- Raden Mas
aksi lucu Mahmud June di dalam filem Nasib Do Re Mi
3-Rasa Sayang Eh
4- Bawang Puteh Bawang Merah
5- Noor Islam
6- Hantu Rimau
7- Tunang Tok Dukun -sebagai Renjer Hutan
8- Sultan Mahmud Mangkat DiJulang
9- Hang Jebat
10- Sri Mersing
11- Puteri Gunung Ledang
12- Siti Zubaidah
13- Jalak Lenteng
14- Dang Anum
15- Tun Fatimah

Antara filem-filem beliau di Studio Merdeka:

(1921-2002)
1- Tangkap Basah
2-Ibu Ayam
3-Tun Mandan -bersama Abdullah Chik
4- Si Tora Harimau Jadian -bersama P Ramlee
5- Ragam P Ramlee (segmen Damak)
6- Dajal Suchi
7-Masam-Masam Manis -bersama Mariani/arahan P Ramlee
8- Bumiputera
9- Sabarudin Tukang Kasut -bersama P Ramlee
10- Do Re Mi -bapak mertua Do (P Ramlee)
11- Nasib Do Re Mi -bapak Nora



Nama sebenar Mahmud June ialah Mahmud Junit b Derani dan meninggal dunia pada tahun 2002.Filem terakhir Allahyarham ialah Layar Lara (1997).






                                                                      
(1939-2013)
Latifah Omar

Latifah Omar berasal dari Kg Baru,Kuala Lumpur dan berhijrah ke Singapura untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi tidak berjaya.Beliau mencipta nama di MFP di usia remaja menerusi filem Panggilan Pulau sebagai anak gadis orang asli dan berpasangan dengan P Ramlee.Beliau tidak banyak berlakun di MFP kerana berhijrah ke studio Cathay-Keris dan di sana Latifah berpeluang menjadi seniwati utama di samping beberapa seniwati yang sedia ada di sana seperti Maria Menado dan Fatimah Ahmad (Allahyarhamah).Di sana bintang Latifah Omar lebih bersinar dan banyak terlibat di dalam filem-filem besar dan kerap digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad.Beliau juga pernah berpasangan dengan S Roomai Noor,Wahid Satay,Mustafa Maarof Yusuf Latif dan Tony Kasim.Beliau juga adalah seniwati filem melayu yang mempunyai wajah jelita dan ini juga menyebabkan filem-filem lakunan beliau digemari ramai.Latifah Omar pernah berlakun di Studio Merdeka bersama P Ramlee dan Mariani di dalam filem arahan P Ramlee berjodol Putus Sudah Kasih Sayang.Selepas studio filem di Singapura ditutup Latifah Omar menyepi diri dari dunia filem.Beliau meninggal dunia pada 2013.Alfatihah.

Antara filem-filem lakunan Latifah Omar di MFP:

1- Panggilan Pulau -bersama P Ramlee (filem pertama)
2- Merana -bersama P Ramlee
3- Menyerah -bersama Yusuf Latif
4- Insan -bersama Ahmad Mahmud
5- Putera Bertopeng -bersama Ahmad Mahmud

Antara filem-filem di Cathay-Keris:

6- Serangan Orang Minyak (1958)
7- Raden Mas -bersama Nordin Ahmad
8- Che Mamat Parang Tumpul -bersama Wahid Satay
9- Hang Jebat -bersama Nordin Ahmad
10- Bawang Putih Bawang Merah - Mustafa Maarof
11- Selendang Delima
12- Sumpitan Rachun -bersama S Roomai Noor
13- Jalak Lenteng -bersama Yusuf Latif
14- Chelorang Cheloreng

15- Lanchang Kuning -bersama Nordin Ahmad
16- Laila Majnun -bersama Nordin Ahmad
17- Cucu Datok Merah
18- Bayangan Di Waktu Fajar -bersama S Roomai Noor
19- Ikan Emas
20- Rumah Itu Duniaku - bersama S Roomai Noor/Tony Kasim
21- Kalong Kenangan -bersama Ghazali Sumantri
22- Kaseh Ibu -bersama Bat Latif/Mustafa Maarof
23- Chinta Kaseh Sayang
24- Gurindam Jiwa -bersama Nordin Ahmad
25- Anak Dara -bersama Tony Kasim/Mat Sentol
26- Naga Tasik Chini -bersama Mustafa Maarof
27- Hati Batu -bersama Saleh Melan/Fauziah Ahmad Daud
28- Wan Perkasa -bersama Nordin Ahmad
29- Patong Chendana -bersama Nordin Ahmad

Studio Merdeka:

30- Putus Sudah Kaseh Sayang -bersama P Ramlee/Mariani







Siput Sarawak

Nama Siput Sarawak sebenarnya ialah Ramlah bt Mohd Sulaiman (Dollah Sarawak).Beliau antara seniwati filem melayu terawal di MFP dan seangkatan dengan Kasma Booty dan Mariam yang ketika itu sedang menempa nama sebagai bintang filem.Selepas beberapa lama mencipta nama di MFP beliau berpindah ke studio Cathay-Keris dan banyak berlakun di dalam filem-filem yang besar dan sering memegang watak jahat dan menimbulkan kebencian di hati penonton ketika itu.Setelah pertama kali berlakun di dalam filem Chinta dan berpasangan dengan seniman S R oomai Noor beliau berumahtangga dengan seniman tersebut dan memiliki seorang anak yang kini dikenali sebagai Anita Sarawak (Ithnaini).
Bapa Siput (Dolah Sarawak) juga merupakan bekas pelakun bangsawan dan juga pelakun terkenal di Cathay-Keris.Beliau juga satu-satunya seniwati yang berasal dari Sarawak dan menjadi terkenal di Singapura dengan mencipta nama di bidang perfileman.Siput Sarawak juga sempat berlakun di dalam sebuah filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang bersama P Ramlee dan AR Tompel di dalam filem komidi Keluarga 69 sebuah filem arahan P Ramlee.

Filem-filem Siput Sarawak di MFP:

Siput Sarawak dalam filem 'Hujan Panas'
1- Chinta -1948 -bersama S Roomai Noor
2- Singapura Di Waktu Malam
3- Nasib -bersama S Roomai Noor
4- Rachun Dunia -bersama P Ramlee
5- Pembalasan -bersama S Roomai Noor
6- Berdosa
7- Hujan Panas -bersama P Ramlee
8- Mangsa -bersama Yusuf Latif
9- Insan
10- Menyerah
11- Penchuri -bersama Yusuf Latif

Antara filem-filemnya di Cathay-Keris:

12- Raden Mas
13- Sultan Mahmud Mangkat Di Julang
14- Hang Jebat
15- Yatim Mustafa
16- Mata Syaitan
17- Bunga Tanjung (Maria Menado Prod.)
18- Muda Mudi
19- Jiran Sekampung
20- Patong Chendana
21- Naga Tasik Chini
22- Keluarga 69 (Studio Merdeka) bersama P Ramlee

Filem terakhir Siput Sarawak ialah Layar Lara (1997) arahan Shuhaimi Baba.Siput Sarawak meninggal dunia pada tahun 1999.





1924-1998
Salleh Kamil

Beliau antara pelakun MFP yang paling saya gemari kerana berjaya membawa watak jahat dengan begitu berkesan.Apa saja jenis watak antagonis seperti samseng,pembelot,pemfitnah,ketua gangster,pengkhianat atau apa saja dia berjaya membawa wataknya dengan begitu baik sehingga dibenci penonton,Itulah Allahyarham Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh Abdullah dan berasal dari Singapura.Watak jahatnya yang paling berkesan ialah menjadi tali barut Jepun dalam filem Sargeant Hassan dan watak jahatnya dalam filem Isi Neraka dan Sumpah Orang Minyak,semuanya berjaya dibawakan dengan sempurna.Beliau pernah memegang watak baik di dalam filem Lela Manja.Wataknya sebagai bapa yang baik kepada Lela Manja tetapi beristerikan isteri yang kejam (lakunan Normadiah) yang menjadi ibu tiri kepada kedua anaknya.Cuma wataknya dalam filem itu kecil.Beliau banyak berlakun bersama P Ramlee seperti Penarik Becha,Sumpah Orang Minyak,Sargeant Hassan,Tiga Abdul,Panggilan Pulau dan Miskin (filem pertama Salleh).Bagi saya tidak lengkap filem terbitan MFP tanpa kelibat Salleh Kamil.Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1998 di Singapura.Al Fatihah.

Antara filem-filem lakunan Salleh Kamil di MFP:

1-Miskin (1952) - filem pertama
2- Putus Harapan
3- Ibu
4- Istana Impian
5- Mangsa
6- Panggilan Pulau
7- Kechewa
8- Penghidupan
9- Semerah Padi
10- Kembali Seorang
11- Taufan
12- Masyarakat Pinchang
13- Sumpah Orang Minyak- bersama P Ramlee
14- Azimat -bersama Ahmad Mahmud
15- Sargeant Hassan -sebagai tali barut Jepun
16- Matahari -sebagai pengkhianat
17- Sedarah
18- Batu Belah Batu Bertangkup
19- Puteri Gunung Banang
20- Raja Laksamana Bentan
21- Lela Manja -bersama Normadiah/Bat Latif
22- Isi Neraka -bersama Ahmad Mahmud

23- Panji Semerang
24- Norlela
25- Darah Muda
28- Pusaka Pontianak
29- Tiga Abdul -sebagai tuan penasihat
27- Dayang Senandung
28- Gerak Kilat -bersama Jins Shamsudin
29- Raja Bersiong
30- Jebak Maut
31- Si Tanggang
32- Sri Andalas
33- Aladin
34- Yatim Piatu
35- Si Tanggang

Setahu saya Salleh Kamil tidak pernah berlakun di Studio Cathay-Keris.Selepas MFP ditutup beliau berhenti dari berlakun dan menetap di Singapura sepanjang hayat beliau.








Haji Mahadi ( 1914-1983)

Haji Mahadi

Haji Mahadi berasal dari negeri Sembilan,Malaysia dan merupakan pengarah melayu pertama di MFP tetapi hasil arahannya gagal mengangkat martabat beliau sebagai pengarah.Filemnya Permata Di Perlimbahan ternyata kurang berjaya menambat hati penonton dan akhirnya beliau meneruskan kerjaya sebagai pelakun sahaja.Nama sebenar Haji Mahadi ialah Haji Mahadi bin Haji Mohd Said dan beliau berketurunan ulamak dan pernah menuntut ilmu di Mekah.Haji Mahadi memulakan kerjayanya sebagai penterjemah dan assistant director di samping memegang beberapa peranan yang kecil.Beliau boleh memegang apa saja watak seperti watak hitam (Iman.Putera Bertopeng,Ribut),watak lucu (Tiga Abdul),watak sultan/raja (Hang Tuah),sebagai bapa (Budi Dan Dosa) dan banyak lagi.Beliau memang pelakun berkerekter dan berjaya melakunkan apa saja watak dengan hebat.Allahyarham sememangnya pelakun yang saya kagumi.

Antara filem-filem lakunan/arahan Haji Mahadi di MFP:

1-PERMATA DI PERLIMBAHAN -arahan Haji Mahadi (1952)
 
2- Penghidupan (filem pertama Hj Mahadi) 1951
Haji Mahadi dan Mustarjo dalam filem Ribut.
3-Rayuan Sukma
4- Aladdin
5- Ibu -bersama Neng Yatimah/P Ramlee
6- Istana Impian
7- Sangsara
8- Siapa Salah -bersama P Ramlee
9- Iman -bersama Ahmad Mahmud
10- Hang Tuah -sebagai Sultan Melaka
11- Ribut -bersama Saadiah/Ahmad Mahmud
12- Adekku -bersama Ahmad Mahmud
13- Putera Bertopeng -sebagai raja zalim
14- Pancha Delima
15- Kaseh Sayang
16- Masyarakat Pinchang
17- Sumpah Orang Minyak
18- Gergasi
19- Raja Laksaman Bentan
20- Lela Manja
Haji Mahadi b Hj Mohd Said
21- Megat Terawis
22- Isi Neraka -sebagai ulamak
23- Indera Bangsawan
24- Lubalang Daik
25- Gerhana
26- Darah Muda
27- Budi Dan Dosa
28- Tiga Abdul -seb. Abd Wahab
29- Dayang Senandung
30- Kacha Permata
31- Anak Buluh Betung
32- Jebak Maut
33- Raja Bersiung
34- Hujan Panas
35- Si Tanggang
36- Doktor






Aziz Sattar

Pelakun dan pelawak Aziz Sattar merupakan sahabat baik kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan banyak terlibat di dalam beberapa filem yang diarahkan oleh P Ramlee seperti filem-filem Bujang Lapok dan lain-lain.Beliau bukan saja boleh berlakun dan berlawak tetapi boleh juga menyanyi dan pernah menjadi penyanyi lagu-lagu jenaka untuk filem-filem MFP.Beliau pernah menyanyi untuk filem Ali Baba Bujang Lapok,Saudagar Minyak Urat,Hantu Jerangkung dan Pileh Menantu.Datuk Aziz Sattar juga pernah memegang beberapa watak utama untuk filem-filem MFP seperti Saudagar Minyak Urat,Pileh Menantu bersama M Zain,Aksi Kuching,Siapa Besar dan rangkaian filem Bujang Lapok bersama P Ramlee dan S Shamsudin.Beliau juga pernah memegang watak jahat (pelakun pembantu) di dalam filem Ribut.Selepas MFP ditutup pada tahun 1967 Aziz menyepikan diri dari dunia filem dan muncul kembali ke dunia filem untuk mengarahkan sebuah filem komidi Keluarga Si Comat pada tahun 1975 terbitan Sabah Filem.Mulai saat itu beliau mula aktif semula berlakun dan mengarah filem untuk penerbitan swasta yang mula tumbuh macam cendawan di tahun 70an dan 80an.Aziz Sattar juga pernah mengarahkan filem kesinambungan Bujang Lapok berjodol Bujang Lapok Kembali Daa..Beliau banyak menghasilkan filem-filem komidi sehinggalah era 90an.

Antara filem-filem Aziz Sattar di MFP:

1- Putus Harapan (filim pertama) 1953
AZIZ SATTAR (1925-)
2- Hati Iblis
3- Istana Impian
4- Arjuna
5- Gelora Hidup
6- Iman
7- Kechewa
8- Kipas Hikmat
9- Hang Tuah
10- Ribut -bersama Hj Mahadi
11- Putera Bertopeng
12- Pancha Delima
13- Kaseh Sayang
14- Bujang Lapok -watak utama
15- Hantu Jerangkong
16- Taufan
17- Hantu Kubur
18- Sumpah Wanita
19- Azimat
20- Gergasi
pelakun,pelawak,penyanyi & pengarah filem
21- Kaki Kuda -bersama Normadiah/Saloma
22- Pendekar Bujang Lapok -watak utama
23- Saudagar Minyak Urat -watak utama
24- Raja Laksamana Bentan
25- Nujum Pak Belalang -jadi penyamun
26- Ali Baba Bujang Lapok -watak utama
27- Seniman Bujang Lapok  -watak utama
28- Siti Muslihat -bersama Ahmad Mahmud
29- Labu Labi -sebagai hos kelab malam
30- Nasib Labu Labi -sebagai jurunikah
31- Pileh Menantu -watak utama/M Zain
32- Siapa Besar -watak utama
33- Mambang Moden
34- Aksi Kuching -bersama Normadiah
35- Pusaka Pontianak


Datuk Aziz Sattar pernah berlakun di samping ramai seniman dan seniwati tersohor di MFP seperti P Ramlee,S Shamsudin,M Zain,Ahmad Mahmud,Aziz Jaafar,Ahmad Nisfu,S Kadarisman,Mariani,
Dayang Sofea (bekas isteri),Sarimah,Zaiton,Ahmad Daud,Normadiah dan ramai lagi.Memang beliau pelawak lagenda yang sukar dicari pengganti.








Aziz Jaafar

Seniman Aziz Jaafar berasal dari Singapura.Beliau juga berbakat sebagai penyanyi dan telah menyanyikan banyak lagu-lagu latar untuk filem-filem melayu dan kadang-kadang suaranya digunakan untuk pelakun lain.Beliau juga pernah menyertai Pancha Sitara yang diketuai oleh Tan Sri P Ramlee sebagai vocal utama. Di dalam bidang lakunan beliau kerap memegang watak utama atau hero dan bergandingan dengan ramai seniwati seperti Saadiah,Hashimah Yon,Normadiah (isteri),Zaiton dan ramai lagi.Beliau pernah berlakun bersama dengan ramai seniman hebat seperti Ahmad Mahmud,Jins Shamsudin tetapi beliau tidak pernah berlakun di samping P Ramlee walaupun sekali.Walaupun mereka sebumbung di MFP P Ramlee atau pengarah lain tidak pernah menawarkan peranan untuk Aziz Jaafar berganding dengan P Ramlee walaupun dalam babak berbeza.Maksudnya,beliau tidak pernah muncul samaada watak kecil atau besar di dalam mana-mana filem P Ramlee.Carilah di dalam filem-filem P Ramlee tidak ada kelibat Aziz Jaafar.Adakah beliau bermusuh dengan P Ramlee sedangkan Aziz pernah terlibat di dalam Pancha Sitara yang dipimpin oleh P Ramlee.Saya pernah terbaca dalam majalah Variapop (80an) menyatakan bahawa Aziz Jaafar memang tidak pernah dipelawa oleh P Ramlee untuk berlakun di dalam filem-filemnya.
    Ketika bersama Pancha Sitara,Aziz bersahabat dengan P Ramlee dan P Ramlee berhasrat membuat filem Ragam P Ramlee dan melibatkan Pancha Sitara untuk segmen hiburan.Ini bermakna Aziz Jaafar bakal mengambil bahagian di dalam filem arahan P Ramlee itu tetapi berlaku sebaliknya.Aziz Jaafar dan Normadiah (juga ahli Pancha Sitara) bertindak keluar dari Pancha Sitara dan hasrat P Ramlee untuk membikin filem Ragam P Ramlee terbantut.Mungkin berpunca di situ di mana ada masaalah dalaman di dalam Pancha Sitara dan membuatkan P Ramlee tidak pernah menawarkan


Aziz Jaafar dan Saadiah dalam filem Agen Wanita-Nora Zain (1967)
sebarang watak untuk Aziz Jaafar hinggalah ke akhir hayatnya.Kemunculan Aziz Jaafar di dalam dunia filem agak terlewat jadi beliau tak pernah muncul di dalam mana-mana filem terawal P Ramlee sebagai pelakun tambahan atau pak pacak.Beliau terjun ke dunia filem setelah P Ramlee sedang berada di kemuncak dan tak sempat bersama seniman-seniman lain berlakun di dalam filem-filem
P Ramlee yang terawal sebagai pelakun-pelakun pembantu.Walaupun begitu,Aziz Jaafar tetap disanjung sebagai seniman filem lagenda melayu yang unggul.
   Beliau juga boleh mengarah filem tetapi kurang berjaya.Filem-filem arahan Aziz Jaafar di tahun 80an gagal menambat hati penonton.Beliau terus berlakun di tahun 70an.80an dan 90an.Filem-filem arahan Aziz Jaafar seperti Sumber Ilhamku (70an),Anak Sulung Tujuh Keturunan (80an) dan Wira Angkasa (80an).Filem terakhirnya ialah Raja Melewar (1998).Aziz Jaafar meninggal dunia pada tahun 2005.

Filem-filem lakunan Aziz Jaafar di MFP:

Aziz Jaafar dan isteri,Normadiah
1- Hantu Jerangkung -bersama Hashimah Yon
2- Doktor -bersama Zaiton
3- Gergasi -bersama Hashimah Yon
4- Matahari -bersama Maria Menado
5- Hantu  Kubur -bersama Hashimah Yon
6- Batu Belah Batu Bertangkup
7- Raja Laksamana Bentan
8- Dandan Setia- bersama Saadiah
9- Laila Manja -bersama Zaiton
10- Samseng
11- Pertarungan
12- Putera Sangkar Maut
13- Panji Semerang -bersama Saadiah
14- Singapura Di Langgar Todak
15- Lubalang Daik
16- Batu Derhaka -bersama Jins Shamsudin
17- Norlela -bersama Sarimah
18- Neracha
19- Kaseh Tanpa Sayang
20- Melanchong Ke Tokyo
21- Mambang Moden- bersama Saadiah
22- Dupa Chendana
23- Sayang Si Buta
24- Seri Andalas
25- Dahaga
26- Anak Buluh Betung
27- Jebak Maut
28- A Go Go 67 -bersama Norazizah
AZIZ JAAFAR 1935-2005
29- Nora Zain-Agen Wanita -bersama Saadiah (Shaw Bro HK)
30- Raja Bersiung
31- Jeritan Batin
32- Sumpah Wanita

Cathay-Keris:

1-Puaka -bersama Dayang Sofea (1970)
2- Semusim Di Neraka
3- Satu Titik Di Garisan

Studio Merdeka:
Sayang Anakku Sayang (1976)


                                         *****************************************

     Filem Ragam P Ramlee yang dirancang oleh P Ramlee ketika di MFP menemui jalan buntu setelah Aziz Jaafar meninggalkan Pancha Sitara.P Ramlee berhasrat untuk mengarahkan Ragam
 P Ramlee dengan membuat tiga segmen berbeza iaitu segmen hiburan (persembahan Pancha Sitara),segmen drama purba berjodol Damak hasil tulisan HM Rohaizad dan segmen drama lucu berjodol Si Chomat.Tetapi setelah P Ramlee berhijrah ke Studio Merdeka (KL) barulah hasrat
 P Ramlee terlaksana tetapi dengan suasana berbeza.Segmen hiburan diisi dengan nyanyian duet
 P Ramlee dan Saloma sementara segmen Damak diteruskan tetapi dengan pelakun berbeza (pelakun studio merdeka) seperti P Ramlee sendiri,Kasma Booty,Mahmud Jun,Ali Rahman dll.Segmen drama lucu berjodol Kaki Tikam Ekor telah diharamkan oleh Jabatan Penapis Filem Malaysia dan
 P Ramlee sungguh merasa kecewa di atas tindakan pihak kerajaan itu. Setelah dua tahun
P Ramlee meninggal dunia Aziz Sattar telah mengangkat drama lucu yang tak jadi difilemkan yang berjodol Keluarga Si Chomat menjadi sebuah filem arahannya sendiri di bawah payung Sabah Filem.Tak pasti pula adakah skrip Keluarga Si Chomat itu adalah skrip asal atau skrip baru.
        

                                        *********************************************




Kasma Booty

Kasma Booty berasal dari Medan, Indonesia dan telah berhijrah ke Singapura untuk menjadi anak wayang.Nama sebenarnya ialah Kasmah Abdullah dan berkahwin dengan Jacob Booty dan akhirnya menggunakan nama pentas 'Kasma Booty' seorang promadona filem melayu yang disegani dan dihormati.Beliau adalah diantara pelakun melayu terawal di MFP dan seangkatan dengan P Ramlee,S Roomai Noor,Rokiah,Mariam,D Harris,A Rahim dan Siput Sarawak.Beliau banyak berlakun di samping P Ramlee di awal tahun 50an dan meninggalkan MFP kerana sebab-sebab tertentu.Kasma juga pernah berlakun di Cathay-Keris menerusi filem Mahsuri dan kemudian berhijrah ke Malaysia dan berlakun di dalam filem-filem Studio Merdeka walaupun tidak banyak.Beliau pernah diberi julukan Elizabeth Malaysia di zaman kegemilangannya dahulu.Beliau meninggal dunia pada tahun 2007.



Antara filem-filem Kasma Booty:


 
1- Chempaka (MFP) 1947
2- Pisau Berachun (MFP)
3- Noor Asmara (MFP)
4- Rachun Dunia (MFP) bersama P Ramlee
5- Bakti (MFP) bersama P Ramlee
6- Dewi Murni (MFP) bersama Osman Gumanti
7- Sejoli (MFP) bersama P Ramlee
8- Juwita (MFP) bersama P Ramlee
9- Manusia (MFP)
 Kasma Booty telah meninggalkan MFP (1952)

10-Mahsuri (Cathay-Keris) 1958
11- Rasa Sayang Eh!

 Studio Merdeka:
1- Keris Sempena Riau (1961)
2- Selendang Merah
3- Siti Payung
4- Ratapan Ibu
5- Tangkap Basah
6- Anak Manja
7- Ragam P Ramlee :Segmen Damak bersama P Ramlee.








WAHID SATAY

    Pelakun dan pelawak Wahid Satay adalah seorang bintang filem melayu yang mencipta nama di studio Cathay-Keris dan telah menjadi seniman yang disegani hinggalah ke hari ini.Setakat yang saya tahu beliau tidak pernah berlakun di MFP.Wahid juga berbakat besar sebagai penyanyi dan telah menyanyi di dalam banyak filem lakunannya sendiri dan kebanyakanya lagu-lagu komidi.Nama sebenar Wahid Satay ialah Abdul Wahid bin Hj Ahmad dan berasal dari Indragiri,Indonesia dan telah mengikut keluarganya berhijrah ke Singapura ketika masih kecil lagi.Di Cathay-Keris beliau banyak berlakun di dalam filem komidi yang mana beliau memegang peran utama dan pembantu.Beliau sering berpasangan dengan Rosyatimah.Suraya Harun,Latifah Omar dan ramai seniwati yang lain.Seniman yang sering berlakun bersama beliau seperti S Roomai Noor,Mat Sentol,M Amin dan lain-lain.Filem Cathay-Keris tidak berseri tanpa kelibat Wahid Satay.Beliau pernah berlakun di samping Anita Sarawak dalam filem 2x5yang ketika itu baru mencuba nasib di dalam lakunan filem.Selepas Cathay-Keris ditutup pada awal 70an beliau terus mendapat peluang berlakun di Malaysia sebagai pelakun undangan hinggalah filem terakhirnya Senario XX (2005).Kini Wahid Satay menetap di Singapura dan kurang aktif di dalam dunia lakunan.Beliau juga dianggap antara seniman melayu yang tersohor walaupun tidak pernah berlakun di samping Allahyarham P Ramlee kerana berbeza studio filem.
Kalau di MFP Aziz Sattar,Sudin dan M Zain adalah angkatan pelakun dan pelawak berbisa sementara di Cathay-Keris nama Wahid Satay dan Mat Sentol tidak boleh dilupakan.Merekalah pelawak terbilang milik Cathay-Keris.Wahid Satay pernah digelar Jerry Lewis versi melayu.

Antara filem-filem lakunan Wahid Satay di Cathay-Keris:

1-Pontianak -lakunan Maria Menado (1957)
2- Che Mamat Parang Tajam
WAHID SATAY (1930-)
3- Serangan Orang Minyak
4- Satay -bersama Dollah Sarawak
5- Rasa Sayang Eh!
6- Che Mamat Parang Tumpul
7- Puteri Gunung Ledang
8- Chelorang Cheloreng
9- Jula Juli Bintang Tujuh
10- Badang -bersama Rosyatimah (1962)
11- Laila Majnun
12- Mabuk Kepayang -bersama Suraya Harun
13- Masuk Angin Keluar Asap
14- Gila Talak -bersama Umi Kalsum
15- Sultan Mahmud Mangkat Di Julang
16- Pontianak Gua Musang
17- Kalong Kenangan
18- Muda Mudi - bersama Rosyatimah
19- Tiga Botak -bersama Mat Sentol
20- Naga Tasik Chini
21- 2 X 5 - bersama Mat Sentol (1966)
22- Mat Tenggek (1979) -bukan Cathay-Keris

Wahid Satay pernah dikritik kerana memegang watak utama untuk filem Badang kerana tubuhnya yang kurus sedangkan watak Badang seorang lelaki yang gagah dan sasa.Tapi setelah filem itu ditayangkan Wahid Satay telah membuktikan kemampuannya memegang watak tersebut.Walaupun sambutan filem tersebut sederhana tetapi Wahid Satay tetap diberikan watak-watak utama filem-filem komidi terbitan Cathay-Keris.Paling saya suka ialah watak beliau di dalam filem Gila Talak, Che Mamat Parang Tumpul berlakun bersama Latifah Omar,M Amin,Dolah Sarawak dan 2x5 filem lakunan Wahid dan Mat Sentol,Anita Sarawak,Udo Omar,Ahmad Nesfu.Siti Tanjung Perak dan lain-lain.Sesungguhnya bakat Wahid Satay memang semulajadi.





Rokiah

Nama seniwati ini ialah Rokiah Muhamad berasal dari Negeri Sembilan.Jaafar ialah nama bekas suami Rokiah yang pernah bertugas di Cathay-Keris.Beliau merupakan ibu kepada pelakun Gerak Khas A Galak.Beliau pernah menetap di Sweden setelah meninggalkan dunia lakunan di Singapura.Beliau antara seniwati terawal di MFP dan pernah berganding bersama P Ramlee di dalam beberapa filem awal 50an.Seniwati lain yang seangkatan dengan Rokiah ialah Mariam,Siput Sarawak,Musalmah,Kasma Booty,Salmah Ibrahim dan Junainah.Di tahun-tahun 60an beliau tidak lagi menghiasi filem-filem melayu terbitan MFP kerana berhijrah ke Sweden.Jumlah filem lakunan Rokiah tidaklah banyak hanya beberapa buah filem sahaja.Namun sumbangan beliau dalam gelanggang filem melayu tidak boleh dilupakan walaupun nama beliau kurang diingati berbanding Saadiah,Sarimah atau Normadiah.


Antara filem-filem lakunan Rokiah di MFP:

1- Pembalasan (mungkin filem pertama ) 1950
2- Bapa Saya
3- Sejoli
4- Penghidupan
5- Antara Senyum Dan Tangis -bersama P Ramlee
6- Permata Di perlimbahan
7- Yatim Piatu
8- Putus Harapan
9- Arjuna
10- Jiwa Lara

 
            ********************            

        Terdapat banyak filem-filem melayu terbitan Malay Filem Production milik pertubuhan Shaw (Shaw Brothers) atau Cathay-Keris yang tidak dapat kita tonton lagi di hari ini.Masaalah yang selalu berlaku ialah penjagaan filem asalnya yang tidak rapi hingga menjejaskan kualiti filem yang disimpan.Ada juga beberapa filem yang telah musnah dari simpanan atau hilang atau lebih teruk lagi ada filem-filem asalnya telah dibuang ke sungai atau ke lombong.Saya pernah terbaca beberapa filem lakunan Datuk Maria Menado (Cathay-Keris) telah dibuang ke lombong kerana masalah kedudukannya sebagai sebahagian kerabat Diraja Pahang yang tidak membenarkan filem-filem lakunan beliau ditayangkan kepada penonton demi menjaga nama baik beliau.Akibat dari itu beberapa filem lakunan beliau telah dibuang oleh pemilik syarikat Cathay-Keris kerana tidak tertahan menanggung kerugian .Mereka banyak mendapat keuntungan dari filem-filem Maria Menado.
Banyak juga filem-filem terbitan MFP telah musnah dan hilang.Ada beberapa filem yang dikatakan menarik tetapi filem ini tak pernah ditonton oleh generasi sekarang.Saya tak pasti adakah saya pernah menontonnya di masa kecil dulu?Saya tak berapa ingat,tetapi ada beberapa filem yang pernah ditayang di tv di zaman kanak-kanak saya seperti Melanchung ke Tokyo (dikhabarkan telah hilang) tidak pernah ditayangkan lagi sekarang ini (melaui astro/RTM).Saya andaikan beberapa filem  ini sebagai HILANG atau LOST FILMS.

Antara filem-filem MFP terbabit yang diandaikan HILANG ialah:


1- Pisau Berachun (1947) Kasma Booty
2- Singapura Di Waktu Malam (1948) Siput Sarawak/S Roomai Noor
3- Chempaka (1948) Kasma Booty
4- Noor Asmara (1949) Kasma Booty
5- Pembalasan (1950) S Roomai Noor/Siput Sarawak
6- Bapa Saya (1951) AR Tompel
7-Penghidupan (1951) P Ramlee/Maria Menado
8- Pulau Mutiara (1951)
9- Derita (1951) P Ramlee
10- Manusia (1951) Kasma Booty
11- Shorga Dunia (1951)
12- Gadis Peladang (1952)
13- Tas Tangan Wanita (1952)
14- Sedarah (1952) P Ramlee/Rosnani
15- Lupa Daratan (1952) Rosnani
16- Chemburu (1952)
17- Raja Sehari (1953)
18- Kerana Kau (1953)
19- Mangsa (1953) Yusuf Latif/Siput Sarawak
20- Pawang (1954)
21- Jasa (1954)
22- Empat Isteri (1955)
23- Jubah Hitam (1955)
24-Gadis Liar (1955)
25- Roh Membela (1955) Normadiah
26- Bernoda (1955)
27- Kasih Menumpang (1955)
28- Keluarga Tolol (1956)
29- Keadilan Ilahi (1956) Jins Shamsudin
30- Belantara (1957)
31- Seruan Darah (1957)
32- Hantu Jerangkong (1957) Aziz Jaafar
33- Seri Menanti (1958)
34- Sumpah Wanita (1960)
35- Pertarungan (1960)
36- Korban (1963)
37- Jeritan Batin (1964)
38- Melanchung Ke Tokyo (1964) Saadiah
39- Pusaka Pontianak (1965)
40- Lampong Karam (1967) Saadiah/S Rosley
41- Jebak Maut (1967)
42- Terlibat (1967)

Saya tak pasti adakah filem-filem tersebut telah rosak atau hilang dari simpanan kerana saya tak pernah menontonnya di kaca tv kecuali beberapa yang pernah ditonton masa zaman kanak-kanak dahulu.Sesekali saya meninjau di premis yang menjual vcd/dvd sekiranya ada filem-filem tersebut dijual atau dicetak.Tapi malangnya semua dvd/vcd filem-filem klasik itu saban waktu ditayangkan di tv melalui astro atau RTM.Mungkin benar andaian saya yamg menyatakan beberapa filem yang saya senaraikan tadi telah HILANG!Kalau saya salah tolong betulkan.Mungkin otai-otai kita yang seangkatan dengan mereka pernah menonton filem-filem tersebut dan menyimpan filem-filem tersebut dalam pelbagai bentuk.Mungkin juga ada sebab-sebab tertentu menyebabkan filem-filem terbabit dilarang untuk siaran seperti unsur-unsur tahyul yang berlebihan,filem kurang mendapat sambutan ketika ditayangkan di pawagam menyebabkan filem ini tercicir untuk disimpan dengan baik hingga menjejaskan kualiti filem tersebut.Kita sedia maklum yang Shaw Brothers mempunyai pelbagai peralatan dan bilik berhawa dingin untuk menyimpan filem-filem terbitan mereka yang telah ditayangkan demi untuk generasi akan datang (hari ini).Mungkin beberapa filem terbabit telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan filem-filem tersebut musnah begitu sahaja atau pehak yang memegang hak cipta karya MFP hari ini tidak menjaganya dengan baik dan hilang begitu sahaja.Ini cuma andaian saya sahaja.Maaf jika andaian saya salah dan tidak tepat kerana saya tidak pernah terbabit di dalam industri ini.

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI BAHAGIAN KE DUA SENIMAN DAN SENIWATI FILEM MELAYU.MASIH ADA RAMAI LAGI SENIMAN DAN SENIWATI FILEM MELAYU YANG BELUM DIPAPARKAN.JUMPA LAGI DAN TERIMA KASIH.

ikhlas dari :
LEN JUGRANO 14/MAC/2014
ski-Selangor.


 















1 comment:

  1. ada setgh setgh hilang yang ada dlm koleksi saya roh pmebela ,cemburu ,pusaka pontianak,ketentuan illahi bernoda sedarah sumpah wanita petarongan penjodohan ,org minyak ,yg saya tahu satu lagi filem hilang sitora, abu nawas dll mungkin hilang..tapi terima kasih ...dpat juga baca bloq anda

    ReplyDelete