Sunday 20 April 2014

DAILOG MENARIK FILEM P RAMLEE: 3 ABDUL

DIALOG MENARIK FILEM 3 ABDUL (1964) ARAHAN P RAMLEE.



 
 
Banyak dialog-dialog menarik di dalam filem 3 Abdul yang mencuit hati.Pengucapan dailognya bersahaja memang menggelikan hati penonton.
 
 
Adegan dalam kedai burung di mana Hamidah (Mariani) nak mengurat
Abdul Wahab (Hj Mahadi).
 
Hamidah: (bersiul macam burung)
Abdul Wahab: Eh..burung mana pulak yang bersiul..?Oh Hamidah Sigaraga,silakan masuk adinda..!
Hamidah: Dinda datang nak beli buruunggg..
Abdul Wahab : Dinda pilih sajalah yang mana satu dinda  kehendaki.
Hamidah: Dinda nak beli burung yang berkata-kata..
Abdul Wahab: Jika adinda berkehendakkan burung yang pandai berkata nanti kanda hantar ke semuanya ke sekolah.
Hamidah: Mmm..dinda nak burung yang pakai tarbus..
Abdul Wahab: Burung yang pakai tarbus tak ada di sini tetapi orang yang pakai tarbus belum ada yang punyaaa..!
Hamidah: Ha..burung tulah yang dinda nak beli..
Abdul Wahab: Mengapa tak cakap siang-siang,sayang...?
Hamidah: Eh Jangan pegang,dosa!Kalau nak pegang mesti masuk meminang...
Abdul Wahab: Meminang? Itu perkara senang.Besok Abdul Wahab daa  tang..!
 
 
Adegan dalam kedai antik ketika Rafidah(Dayang Sofea) cuba menggodaAbdul Wahib
 (S Kadarisman)
 
Abdul Wahib: Hai..kanda lebih dasyat dinda..makan tak kenyang tidur tak basah mandi tak lena,pendek kata dalam seminggu dua ni macam kapal nak masok dok!
Rafidah: Ah kanda boraklah!Takkan kanda ni nak pada dinda?
Abdul Wahib: Misai pendek tidak bercahaya,ibarat kuda hampir mati,kalau adinda tidak percaya operetlah dada x-raylah hati!
Rafidah: Kalau kaki tersadung batu,jatuh selalu tersembam ke tanah.ah  orang lelaki memang begitu.sumpahnya selalu tunainya tak pernah!
Abdul Wahib: Kaki bukan sebarang kaki,kaki dioder dari Egypt,lelaki bukan sebarang lelaki,ha..ini lelaki Abdul Wahib..!
Rafidah: Kalau merpati sudah terpikat,jangan terlepas ikatan benang;kalau hati sudah terpikat,lekaslah lekas masuk meminaaaang...
Abdul Wahib:,,memineeng..hiiii.
 
 
Adegan dalam kedai musik ketika Abdul Wahub (P Ramlee) menerima kedatangan
Qasidah Sigaraga (Sarimah)
 
Qasidah: Oii di sana..!
Abdul Wahub: Amboi cantiknya bahasa..apa di sana  mau?
Qasidah: Di sini  nak beli kedai ni dengan di sana di sana sekali!Berapa di sana mahu jual?
Abdul Wahub: Oh perli ya? Sudahlah pergi balek!
Qasidah: Di sini tak mau balek!
Abdul Wahub: Oh apa?Bapak di sana hantar di sana ke mari untuk memikat di sini yaa..?
Qasidah: Ya.. memang bapak di sini suruh di sini memikat di sana tapi di sini tak hingin dengan muka di sana tu.!.
Abdul Wahub: Eh..cakap lawa konon..!Apa..di sana fikir di sana banyak cantik?Kalau macam muka di sana tu di sini sanggup jadi bujang lapok!Di sini pun tak hingin dengan di sana..!
Qasidah: Helleeeh!..muka macam di sana tu sekali di sini ketik sepuluh yang datang tau..!
Abdul Wahub: Sepuluh yang datang tau (mengejek)..kalau sepuluh tua-tua berjanggut nak mampus buat apa tauu...!
 
Kemudian datang tetamu bernama Sabrina..atau sarina
 
Sabrina: Abdul Wahuub!
Abdul Wahub: Hello Sabrina kekasih lama..silakan!Sudah lama kita jumpa ya..Hmm..Sabrina..saya ada rekod baru untuk Sabrina..
Sabrina: Lagu apa?
Abdul Wahub:Lagunya..perempuan gila anak saudagar penipu.
Sabrina: Macam-macamlah..
Abdul Wahub: Ha ha ha bagus lagunya,,kedai lain tak ada jual kedai ni aje..hehehe
Qasidah: (terus pulang).
 
 
Adegan di rumah Sadiq Sigaraga (Ahmad Nisfu) ketika Abdul Wahab dan Abdul Wahib bertengkar dengan bapa mertuanya pasal undang-undang Sadiq Sigaraga.
Turut serta ialah tuan penasihat (Salleh Kamil)
 
Sadiq: Apa bising bising ni haa?
Abdul Wahab: Ayahanda!..Undang-undang yang ayahanda bikin ni tak patut sama sekali tau!!
Sadiq: Eh..jadi anakanda berdua marahlah?
Abdul Wahab: Bukan kata anakanda berdua,sesiapa pun dalam dunia ni pasti marah!
Sadiq: Jadi marah yaa..?
Abdul Wahib: Ya memang kami marah!Tua kutuk tak sedar diri!!
Abdul Wahab/Abdul Wahib: Nak Mamposs!
Sadiq: Ha ha..jadi marah haa?Oleh kerana anakanda berdua marah anakanda akan dijual dan semua harta benda akan dirampas!He hehehe..Tuan penasihat!
Penasihat: Dua puluh persen!
 


Adegan ketika Abdul Wahub (P Ramlee) nak makan malam sambil ditemani isterinya Qasidah dan Sadiq Sigaraga.

Sadiq:               Sila duduk anakanda..sila makan..!
Abdul Wahub: Sila duduk adindaku Qasidah!
Qasidah:          Tak boleh kanda..Dalam rumah ini ada undang-undang.
                        Kalau suami makan isteri mesti jadi pelayan.
Abdul Wahub: Pelayan? Ha..ini undang-undang sangat baik!
                        Ini mengurangkan queen control!Ha silakan duduk ayanhanda..
Sadiq:              Oh ayanhanda tak boleh duduk!
                        Kalau anakanda makan ayahanda mesti jadi hakim!
Abdul Wahub: Hakim? Ini undang2 jugak baik sebab bapak mertua mesti hormat pd menantu.
                        Bapak mertua sudah tua dan tak lama lagi dia akan mati..
                        ..dan menantu yang akan jaga rumah ini hehe..
Sadiq:              Eh..dalam rumah ni semua orang tak makan..ambil bau saja.
Abdul Wahab: Ambil bau? Ini undang2 sangat bijak!Undang2 ini dinamakan ekonomi!
                        Hmm..sudah kenyang!Badan anakanda pun sudah letih dan nak masuk dlm berehat.
                        Selamat malam!
Qasidah:          Kanda..menurut undang2 di rumah ini suami tak boleh tidur bersama-sama isteri.
                        Suami mesti tidur di kandang kuda!
Abdul Wahub: Ha..inilah undang2 yang terbesar sekali dari semua undang-undang!
                         Undang- undang ini dinamakan 'family planning'..Selamat malam..!


Adegan di rumah Abdul Wahub.

Kelentang kelenting (bunyi loceng ais kerim)

Wahab/Wahib:  Hamba datang tuaan..!
Abdul Wahub:  Kenalkah kamu si khadam yang tua tu?
Abdul Wahib:   Dialah yang menyebabkan kita papa kedana!
Abdul Wahab   Mari kita cekiikkan dia!
Sadiq:               Erg..maakkk...!!
Abdul Wahub:  Hey!Yang kau nak cekik dia tu kenapa?
                         Huh!Kamu kan tahu dia tu penipu!
                         Muka dia pun muka penipu!Yang kamu berdua bijak pandai boleh kena tipu
                         dengan dia tu kenapa?Kamu berdua yang bodoh!!
Wahab/Wahib: Hamba bodoh tuaan!
Abdul Wahub: Hmm..tau pulak dia bodoh yee?
                        Ha..dengar sini baik-baik!Oleh kerana kamu berdua akan jadi hamba tebusan
                        dalam rumah ni seumur hidup..ku pilihkan pasangan hidup untuk kamu
                        berdua! Mm..pilih mana satu yang kau hendak!
                        Hey.kau jugak pilih mana satu yang kau hendak,lekas!!
Hamidah:         Kanda..maaflah adinda..  
Rafidah:           Maafkanlah adinda kanda,Sumpah..lain kali dinda tak buat lagi..kanda sayang..
Wahab/Wahib: Tak mahu sayang! (merajuk)
Abdul Wahub:  Heee..meraajuk konon,penyamun!!Ku lepak baru tau!
                         Hey lekas minta maaf!
Hamidah:         Sudahlah kanda jangan merajuk!Marilah dinda pujuuk!
Abdul Wahab; Argh!
Rafidah:          Kesianlah dinda kanda..kalau kanda tak kesiankan,siapa lagi..?
Abdul Wahib: Tak mau!
Hamidah/Raf : Tak mau sudah!!!
Abdul Wahab: Er.dinda kalau makan pakai bau lagi taak?
Hamidah:         Sumpah tidak!
Abdul Wahib:  Er..kalau tidur kena tidur kandang kuda lagi taak?
Rafidah:           Tidak!
Abdul Wahib: Tuan..saya pilih yang ini...
Abdul Wahab: Ssssaya yang ini tuann..!

                                Para pendukung watak



S Kadarisman (Abdul Wahib)
Haji Mahadi (Abdul Wahab)

Ahmad Nisfu (Sadiq Sigaraga)
P Ramlee (Abdul Wahub)





Dayang Sofea (Rafidah)


Sarimah (Qasidah)

Mariani (Hamidah)
Ahmad Nisfu (Sadiq Sigaraga ) dan Salleh Kamil (Penasihat)



P RAMLEE (Pelakun dan Pengarah)
filem terakhir arahan P Ramlee di MFP.


PELAKUN2 LAIN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM FILEM 3 ABDUL:

S Shamsudin (pencherita)
M Babjan (Ismit Ulam Raja)
Ahmad Sabri (Ahlaken)
Udo Omar (guru anak yatim)
Kassim Masdor (pemain gitar)
H M Busrah (tukang lelong)
Nyong Ismail (saudagar unta)
dan lain-lain.


Jumpa lagi.
klasikfanatik april2014.

2 comments: